BEN ASHAARI

Wednesday, November 30, 2016

SELAMAT MELANGKAH KE USIA 40, BEN...

rsz_tratai
Sudah seperti amalam tradisi antara aku dengan Ben Ashaari, menaikkan entri setiap kali muncul tarikh hari lahir masing2. Sejak mula kenal (hampir 10 tahun dulu) hingga ke kini, aku masih setia menjadi sahabat, walaupun keadaan sudah banyak berbeza sekarang. Hakikat kehidupan, waktu pasti merubah segalanya.....tapi silaturahim in sha Allah terpelihara. Tiada apa yang nak ditulis, saban tahun mungkin cerita, doa dan harapan yang sama...tapi yang pasti, ia sebagai simbol pershabatan, persaudaraan...tak lebih dari itu.

Allah swt telah memuliakan diri mu dengan kehadiran insan2 'syurga' (Qhalif, Zahra, Ariz) dan melimpahkan rezeki yang begitu murah, alhamdulillah. Moga Ben sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup bersama keluarga dan insan2 tersayang...Berjaya dalam apa jua bidang yang dicita2kan sejak dulu. Diberi usia panjang agar dapat melihat kejayaan anak2 kelak..in sha Allah...

Selamat hari lahir Ben Ashaari...

Akar nibong pohon rumbia,
Hujung dahan sarang tempua
Andai terputus sahabat di dunia,
Di akhirat kelak in sha Allah bersua..

6 comments:

Ben Ashaari said...

InshaAllah..takda yang berubah cuma masa je yg menjadi penghalang..sibuk jaga 3 orang anak dan seorang isteri.. Hahaha..kalau 3 isteri , entah bgmana kehidupan gue..hahaha.. Apa apa pun , jutaan terima kasih atas ingatan sepanjang kita bersahabat. Semoga Allah berkati persahabatan kita. Aaaminn..

Azlinda Azman said...

Semoga silaturrahim seperti air. Di cincang tak akan putus. Aamiin

Saidila Abdul Rahman said...

happy bestday untuk bff abam .....

YB Shehan said...

sweetnya wish. rasa nak nangis..

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

happy bestday ben!

zara ismail said...

selamat ulangtahun ben ashaari

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.