BEN ASHAARI

Sunday, April 3, 2016

TUMIS TAUCO BELIMBING BULUH

rsz_btt
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Musim2 panas ni pokok belimbing buluh galak berbuah, jika tu hari che mat bikin sambal sardine taruk belimbing buluh, kali ni kita bikin tumis tauco belimbing buluh pulak. Resipi senang dan pasti membangkitkan selera anda, hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar. Menu ringkas ini boleh juga anda masak lebih dan simpan dalam peti sejuk. Che mat guna kurang lebih 20 biji buah belimbing. Kalau anda suka pedas boleh guna cili padi, atau boleh juga guna cili merah, cili hijau dan cili padi. Kali ni che mat taruk belacan. Anda ada pilihan nak taruk ikan bilis juga boleh, ikut selera masing2. Disebabkan tauco sudah masin, garam tidak perlu diletak, tapi gula memang kena taruk untuk mengurangkan rasa masam dari belimbing buluh. Jika anda ada stok belimbing buluh di rumah dan ingin mencuba, che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

BAHAN - BAHANNYA :-)
20 biji belimbing buluh
2 camca besar tauco
1 camca teh gula
1/3 cawan air
Minyak untuk menumis

BAHAN - BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
7 biji cili padi (boleh kurangkan)
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belimbing dicuci, kerat sedikit bahagian hujuang dan pangkalnya, kemudian kerat 2 setiap 1. Tumbuk sedikit dalam lesung batu, tapi tak jangan sampai hancur, cukup hanya dimemar2kan. Kemudian masukkan dalam tapis, dan perah airnya (tujuan untuk mengurangkan rasa masam). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar). Tumia bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan tauco, kacau dan masak sekejap. Tambah belimbing, kacau dan tuang air. Masukkan gula, kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar...Selamat mencuba!

1 comment:

LM said...

Tq che mat.. Belimbing tgh galak berbuah tu. nnt nk cuba

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.