SAMBAL SARDINE BELIMBING BULUH

rsz_ssbb
Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat teringin nak makan sambal sardine campur belimbing buluh. Musim2 panas macam sekarang ni, pokok belimbing buluh galak berbuah. Untuk resipi ini che mar guna 1 tin sardine cap ayam jenis leper tu, tapi bukan tin saiz besar, tin yang kecil sikit. Ini antara menu paling ringkas selain dimasak kari atau digoreng biasa. Kali ini che mat buat lain sikit, ikan sardine tu kita kasi goreng dulu, tapi sebelum goreng, golek2kan dengan tepung gandum, kemudian baru goreng. Sebelum golek tepung, pastikan ikan sardine anda tiada melekat dengan sosnya kalau tak nanti masa goreng dia meletop. Bila dah ada belimbing, tak perlu masukkan jus asam jawa banyak sangat nanti masak. Nak mencuba?...Che mat kongsikan resipi dibawah ini..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin kecil sardine (sardine cap ayam jenis leper), asingkan ikan dan sosnya
2 camca besar tepung gandum
2 camca besar jus asam jawa
10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ikan sardine dengan tepung gandum, kemudian goreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan sos dari sardine yang diasingkan tadi. Kacau dan masak hingga naik minyak.
  2. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula (atau secukup rasa), kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan belimbing, gaul rata dan tambah ikan sardine. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam2man dan telur dadar, jangan lupa renjiskan kicap JALEN....

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah! sedapnye.... nak try la buat untuk #ProjekMemikatSuami nanti...hehehe...

    ReplyDelete
  2. erm sedap nye dengan belimbing buluh.. InsyaAllah nak cuba

    ReplyDelete
  3. minta izin ek, nak try resepi yg sedap2 di sini..tqvm

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.