BEN ASHAARI

Tuesday, March 8, 2016

SAMBAL TUMIS UDANG SAMA PETAI

rsz_sup
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Hari ni che mat mengidam sambal tumis udang sama petai. Siap ada yang usik, you mengandung ke (pada hal dia tau kan pakcik ni jantan...grrr)? Kejam betul, mentang2 lah kita memang dah lama mengandung (lemak). Kalau ikutkan sambal tumis udang petai antara kegemaran Bak, tapi sebab Bak ada gaot, tak boleh makan udang, jadi ini hanya untuk che mat dan bonda saja. Buat pun tak banyak, udang che mat guna dalam 15 ekor saiz sederhan, petai dalam 1 papan macam tu. Oleh sebab tak banyak, maka bahan2 rencah, che mat tumbuk guna lesong batu, konon2 style zaman dulu lah, cuma cili saja guna cili kisar. Kalau ada nasi lemak, phewww, sah2 pengsan...Bagi yang nak mencuba, moh kita lihat resipinya....Jommm..

BAHAN - BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1 biji bawang besar belah 6
2 papan petai
2/3 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kulit, kemudian belah belakangnya dan buang urat, cuci dan toskan. Petai diambil isinya cuci dan toskan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa,
  3. Masukkan gula, jus asam jawa dan petai. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap lagi dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng pekak atau roti....Selamat mencuba!!

5 comments:

Muslimah Optimis said...

Wahhh sedapnya. Terus lapaq nasi. Walaupun MO tak makan petai tapi udang yang berketonggek tu pasti makan habis. Mih3

AmyZana said...

Bila saya rajin nanti bolehlah cuba resepi nih. Still tengah belajar masak lagi

Suriaamanda said...

sedapnyaaa...terus terasa nak buat sambal udang plak dah ni...

Mieza Everdeen said...

terima kasih che mat sebab share resepi. dah lama teringin nak makan tapi lupa google resepi. kebetulan harini nampak che mat punya post. memang selalu datang sini cari resepi, site paling dipercayai ^_^

aeinna Musa said...

YA ALLAH, memang berdebar tengok..kne buat ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.