PUCUK PAKU CELUR, WARISAN BUGIS

rsz_ppcb
Assalammualaikum, salam semua. Hurmm apa nak masak ni, pening gak. Semalam che mat dah masak kari ikan parang dan juga asam pedas ikan kembong campur nanas, kira typical menu orang Johor. Hari ni nak masak yang senang dan cepat. Ada masa mood ke dapur macam baldi bocor, idea cepat kering. Tempoh hari che mat ada beli pucuk paku perak atau pucuk paku hijau, di sebabkan geram tengok kesegaran pucuk paku tu, ku rembat 3 ikat!...Harga amat berpatutan 3 ikat tu hanya RM 5 saja, kalau beli 1 ikat RM 2. Bila dah siang boleh tahan juga banyaknya. Satu tips untuk mengekalkan sayur anda segar, ialah, lepas anda siang, masukkan ke dalam mangkuk bertutup (che mat guna bekas plastik bulat saiz besar yang biasa orang isi kuih bahulu tu). Kemudian simpan dalam peti sejuk, in sha Allah anda simpan 3 hari pun sayur masih segar, tapi dengan syarat, anda jangan cuci sayur tadi, nanti lecur...

rsz_ppcb1
Bercerita pasal resipi pucuk paku celur ini, che mat pernah bikin sekali dulu. Pertama kali merasa semasa menghadiri majlis perkahwinan adik pada kenalan FB che mat,  Puan Mia Madiha Amin yang berketurunan Bugis dari Benut. Resipi warisan ini dari nenda beliau dan dikongsi dengan che mat. Cara membuatnya mudah, bahan2 pun tak banyak. Tapi rasanya, ehemm, mantap okeh, boleh makan macam tu saja seperti kita makan pecal atau rojak. Kalau nak makan sama nasi pun takde masalah. Yang penting pucuk paku harus ada. Bagi anda yang tak pernah cuba, che mat sarankan cuba dan rasai kesedapan makanan warisan kita....Resipi seperti berikut

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 ikat pucuk paku hijau @ pucuk paku perak @ pucuk midin (satu ikat kurang lebih 1 cekak)
1 1/2 kacang tanah
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1 ulas bawang putih, saiz sebesar ibu jari orang dewasa
10 - 15 biji cili padi kampung
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air masak secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PUCUK PAKU:- Panaskan air untuk mencelur pucuk paku, masukkan sedikit garam dan 1/4 camca teh minyak masak. Pucuk paku diasingkan dari tangkainya. Cuci dan toskan. Bila mendidih, masukkan pucuk paku tadi. Balik2kan dan celur 30 saat. Matikan api dan toskan pucuk paku. Biarkan sejuk.
  2. UNTUK KUAH KACANG:- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga keperangan, Sejukkan dan buang kulitnya. Tumbuk kacang hingga hancur. Ikan bilis ditoskan, perah hingga kering dan goreng sampai garing. Angkat dan toskan. Masukkan ikan bilis goreng, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga halus.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan bahan2 tumbuk, kacang tanah tumbuk dan santan. Kacau rata, tuang air masak secukupnya, pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  4. UNTUK PUCUK PAKU CELUR:- Ambil secukupnya pucuk paku yang telah dicelur tadi dan taruk dalam bekas sesuai. Tuang kuah kacang atasnya dan kalau suka boleh hias dengan sedikit cilipadi yang dihiris halus. Hidangkan sebagai pembuka selera....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

8 Comments

  1. assalamualaikum cik mat...nampak sedap ni...nanti boleh cuba...mama ada darah bugis pun masih x tahu makanan org bugis ni cik mat...x dicuba selalu kan..;)

    ReplyDelete
  2. @ Maz Zull - w'salam...che mat pun orang bugis yang hidangkan masa majlis perkahwinan di Benut..Sekali rasa semua kata sedap..tu yang buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. pekena ngan ikan goreng sedap tu ....
    rasa macam nak cari nasi lak malam2 ni ..
    insya Allah nk try nnti

    ReplyDelete
  4. Mak selalu jugak buat, kalau takde pucuk paku,ganti dengan pucuk ubi...

    ReplyDelete
  5. sedap nye boleh coba juga ni salam kenal dari
    bisnis borneo

    ReplyDelete
  6. Sdpnya che mat. Tq share resepi. Biasa LM cuma goreng, gulai dan buat urap je. X reti masak lain

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.