BEN ASHAARI

Sunday, August 9, 2015

KAMBING MASAK BLACK PEPPER

sss
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Mula2 che mat rasa tak perlu lah masukkan entri apa yang dimasak semalam. Tapi ada permintaan resipi kambing masak black pepper. Oleh sebab che mat tak sempat nak ambik gambar semalam, maka ku pinjam gambar dari Ben Ashaari (ceritanya ada di sini), alaa, dia tak marah...kita orang ni berkawan dah lama, kalau gaduh pun setakat baling2 lesung batu saja, takde lah parah mana. Kambing black pepper satu hidangan yang mudah disediakan. Che mat guna daging kambing bahagian bahu. Anda boleh guna mana2 bahagian daging kambing. Che mat rebus dulu sampai empuk kemudian baru dimasak dengan bahan2 black pepper. Sedap dimakan bersama nasi putih. Bagi yang ingin mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, diketuk*
3 helai bau leaf*
1 camca teh garam*
Air secukupnya*(*direbus hingga empuk)
1 biji bawang besar, dibelah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 inci halia, cincang halus
1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
3/4 camca besar lada hitam, tumbuk hancur
3 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap lemak manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sos tiram, lada hitam tumbuk dan kicap lemak manis. Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil.
  2. Toskan daging kambing dan tapis air rebusan daging kambing tadi. Tuang air rebusan ke dalam kuali. Kacau rata dan biar mendidih, masak hingga pekat. Tambah daging kambing, bawang besar dan traffic light capsicum tadi, kacau rata.
  3. Masak hingga sedikit kering atau jika suka berkuah boleh tambah sedikit air panas, rasa dan jika ok boleh matikan api. (jika kurang garam, anda boleh tambah garam atau sedikit lagi kicap). Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.


6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

feberet Kak Sari kambing ni Che Mat.. masak apapun sume suka.. nyum3

Amanda Suria said...

uik...menarik ni CMG...nanti nak cuba..( masak la darah ku naik lagi)

yoorin melacolea said...

huh..sedapnyaaa kambinggg..

HASRUL HASSAN said...

Ada beli ketul daging kambing, sampai la ni tak tahu nak masak apa, dok terkejung je dalam peti ais. Terima kasih Che Mat, ada idea la skit2 dah nak buat apa ngan kambing dalam peti ais.

Norsiah Othman said...

Alang2 daging kambing biri2 ade dlm peti ais. Akak bt terus masak black pepper ni. Mmg sedap lah. Tq la yo. Habis jgak 2 kg dging ni hah.

Norsiah Othman said...

Terbaik. Habis jgak 2 kg dging kmbing biri2 akak. Tq yo.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.