BEN ASHAARI

Monday, July 27, 2015

CEKODOK PISANG DI 11 SYAWAL

rsz_kodok_pisang
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hujan lebat petang tadi kat kampung che mat. Bila dah hujan kita pun selongkar2lah apa yang ada kat dapur, akhirnya jumpa pisang masak. Tapi adunan cekodok pisang ni bonda che mat yang bikin, che mat cuma tolong goreng saja. Di sebabkan mengejar waktu takut hari makin gelap, ku tarukkan aje tapis berisi cekodok pisang atas pinggan dan ambik gambar, ala2 bidan terjun lah ni. Banyk jenis pisang yang anda boleh bikin cekodok, che mat sebenarnya takde pantang, pisang apa pun jika dah masak ranum, ku henyak jadikan lempeng atau cekodok. Satu lagi tak perlu tambah gula, tapi yang ni ikut selera masing2, nak manis, sila tambah tapi jangan lah banyak sangat. Pisang kalau dah masak ranum memang cukup manis. Nak2 pisang embun atau pisang emas, memang manis. Bagi yang baru2 nak mencuba resipi cekodok, che mat kongsikan di sini...

BAHAN- BAHANNYA :-)
8 - 10 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonate
1 camca besar gula perang (che mat tak letak gula)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pisang, gula perang (jika guna), garam dan soda bicarbonate dalam satu bekas. Kemudian lecek hingga halus. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan sebati. Rehatkan adunan cekodok selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan cekodok dengn jari atau sudu, kemudian jatuhkan perlahan2 dalam minyak panas. Buat beberapa biji cekodok dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik2kan cekodok agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya dan taruk atas tissue dapur yang bersih. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....Selamat mencuba!!


8 comments:

riza afzan said...

Terus rasa macam nak cari pisang pi buat sekarang

Mawardi Yunus said...

lama dh x makan cekodok. sedapnya lahai

Siti Badariah Baharin said...

lepasni nak cuba buat guna gula perang jugakla..

aeinna Musa said...

Baru smalam mkn tp ma yg buat..versi kelate.Sedap

Mama Kembar 3 said...

sedapnyaaaa cekodok pisang. Favourite nih!

Salmiah Othman said...

cekodok pisang..memang peberet lah..

nasa mulia said...

cantik jugak hasil gambar tu che mat...walau pun tanpa set pinggan mangkuk lawa che mat tu..

Syasya Harun said...

Menu favourite anak saya ni...tgk sedapla pulak.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.