BEN ASHAARI

Wednesday, April 1, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARI - TAK PERNAH JEMU...

rsz_apud1
Assalammualaikum, bukan nak kata apa. Seminggu kalau tak merasa masakan asam pedas, sampai termimpi2, teingat2 dan seakan terasa2 di anak tekak. Jadi hari ni che mat pun masak asam pedas, dalam masa sama, geng che mat, Sis Linn, pun masak asam pedas juga. Kalau Linn masak asam pedas kepala ikan duri (ikan mayong), che mat pulak masak asam pedas ikan pari yang menjadi kegemaran che mat setiap waktu. Tempoh hari masa singgah di Pasar Parit Jawa, Muar, terkejut tengok harga ikan pari potong. Mula2 nampak RM 20 per kg, mahalnya....Jalan depan sikit RM 22 per kg, wahh..lagi mahal gileeer..boleh pengsan, dah dekat nak sama dengan harga daging kambing atau daging lembur segar. Yang che mat masak ni beli di MyDin, dan kurang lima ringgit dari harga yang dipasat Parit Jawa. RM 15 per kg....

rsz_apud
Resipi yang biasa2 saja. Dan ada yang tanya di InstaGram (@matgebu ), che mat tak masukkan daun kesom ke?..Kalau masak asam pedas campur sawi jeruk, memang che mat tak masukkan daun kesom. Tapi itu che mat lah, anda boleh saja nak masukkan daun kesom dan sawi jeruk tu boleh ganti dengan terung atau bendi, nak masukkan batang keladi sayur pun boleh juga. Memang ini resipi terkerap che mat kongsikan, tapi ia tetap mendapat sambutan. Nak mencuba, jomm che mat tuliskan resipi dan anda boleh cuna di waktu2 kelapangan nanti, ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan pari
4 kelopak sawi jeruk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batan serai, diketuk
1 kiub pati ikan bilis (Maggi)
2 senduk nsi penuh cili kisar
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci toskan dan perap dengan jus limau nipis atau jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dipotong kasar, dan direndam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan biar mendidih. Masuk ikan pari, kiub ikan bilis (hancurkan) dan sawi jeruk (tos dan perah sedikit). Tambah lada hitam tumbuk dan bunga kantan. Kacau perlahan dan masak hingga ikan pari masak.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar....Selamat mencuba!

8 comments:

Saniah Ahmad said...

saya kalau dari kampung nak balik putrajaya lalu parit jawa,, selalu singgah asam pedas parit jawa tu,, memang sedap kedai pakcik hujung tu depan jeti,,

first time dengar asam pedas letak sawi jeruk,, tq sharing che mat

Mat Gebu said...

@Saniah Ahmad - Sama2 dan ini antara pilihan bahan2 sampingan yang boleh kita masukkan ke dalam asam pedas selain terung, bendi atau tomato..

Lisa Nurulain said...

disebabkan terliur.. tadi gigih mencari kedai asam pedas ! semua salah che mattttt

Lisa Nurulain said...

disebabkan terliur.. tadi gigih mencari kedai asam pedas ! semua salah che mattttt

Allene typicalmommy said...

tgk gambar dah kecur air liur....

yoorin melacolea said...

terliur nyaa.. tapi paling feberet asam pedas ikan sembilang.. dia punya kick boleh sampai ke kemboja.. hahaha

eelobor said...

asam pedas dah mula melekat di hati saya.....

aji nugraha said...

sedap sekali hmmm,,,,,,jadi ngiler liatnya...
Khasiat Jelly Gamat Gold G treating Disease Obat Rematik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.