PEDASNYA MAGGI TOM YAM NI!!!...

rsz_tomaym_megi1
Assalammualaikum, salam semua. Baru ok line internet rumah che mat. Entah kenapa, pagi tadi tiba2 line kong..tak nyala2 lampu dsl dan data. Lepas masak, che mat call TM, dan petang tadi datang lah orang2 TM, alhamdulillah 30 minit selepas tu internet beroperasi seperti biasa. Che mat tanya, encik kerap ke dapat kes macam ni, dia kata, amat 'jarang'..perghh, kira ni kes 'rare' lah kan....apa2 pun terima kasih TM. Sebab line mengong, che mat pun mulakan rasa tak keruan, nak update blog tak boleh, maka berkemas2 lah dalam bilik stor cute yang hanya muat saiz che mat gebu itu sahaja. Tau tak apa che mat jumpa....sebungkus mi maggi tomyam yang akan expired pada 18hb Mac 2015!..pheww, nasib baik jumpa, kalau tak dah rugi. Jadi apa lagi kita on projek mi maggi scallop. Scallop tu baki dari yang che mat guna dulu, ada lah dalam 10 biji. Kalau takde scallop, apa2 pun boleh, udang, sotong, ayam, ikut suka dan apa yang ada. Benda mudah, nak masak pun mudah, tapi seperti anda tau, che mat kan kaki derhaka resipi, megi pun aku derhaka kan juga.....kesah?.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa tomyam, asingkan perencahnya
1 camca besar sos cili thai
2 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 tangkai daun ketumbar, potong
Sedikit bunga kobis, potong sekuntum2
4 biji cili padi thai jenis merah, hiris 2 setiap 1
10 biji isi scallop
3 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
1/2 batang saleri, hiris kecil
1/2 camca teh sos ikan
2 cawan air
1 biji telur
Sedikit daun sup/ketumbar untuk hiasan
1 biji limau kasturi, belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 1 camca besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos cili thai, kacau dan tuang air. Biar mendidih, masukkan perencah tomyam yang disediakan. Kacau rata dan masukkan saleri, daun limau purut, cili padi thai dan bunga kobis. Masak hingga bunga kobis lembut.
  2. Sementara itu, celur mi maggi dalam air mendidih selama 30 saat dan toskan. Pecahkan telur ke dalam periuk berisi kuah megi tomyam dan kecilkan api. Bila telur mengeras, masukkan daun ketumbar, scallop dan mi maggi yang telah dicelur tadi. 
  3. Tambah sos ikan dan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun sup dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas....pengggsannn!..

Post a Comment

7 Comments

  1. adussss terliur ni manggi tomyam cikmat, kaknoor baru berkira2 nak makan maggi esuk hahaha boleh jugak buat cam gini tapi tkde scallop lah pulak, letak udang boleh kot cik mat kan kita yg buat dia kan..

    ReplyDelete
  2. Mat, kiranya adalah rahmat yang tersirat di sebalik line tenet yang down kan. Syukur alhamdulillah. :D

    ReplyDelete
  3. @nooriah abdullah - sekali2 ok lah kan..buat lepas2 gian...

    @mamafami - Huhu....saya seteresssss tadi, sebab tak boleh nak update gulai pisang muda...esok kot baru masukkan kat blog

    ReplyDelete
  4. CM masak megi pun nampak sedap...rasa nak makan megi la pulak...

    ReplyDelete
  5. Macam sedapnya..
    AM mencari resipi masak yang simple dan sedap..
    Malam nie nak makan maggi tomyam je..

    Posting terbaru AM
    Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.