BEN ASHAARI

Saturday, March 28, 2015

PARU GORENG BERLADO...

rsz_1patu_berladdoo
Assalammualaikum, salam semua..hari ni kongsi resipi mudah. Tapi sebelum tu nak ucapkan selamat pengantin baru pada kenalan che mat Cikgu Azlinda Md Talib yang melangsungkan majlis perkahwinannya tadi. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dianugerahkan zuriat yang comel, gebu, soleh dan solehah...amin.. Ok, sambung cerita menu hari ni. Ingat tak che mat tu hari ada masak sambal goreng campur paru?...Baki lagi 500 gram ku jadikan paru berlado. Ini satu resipi mudah dan sedap. Untuk sambal tu memang style dia agak kasar2 dan cili pun rupa macam orang sakit tenat yang menumbuk, tak hancur dan nampak bersepai aje. Sedap dimakan bersama nasi panas atau dihidangkan sekali dengan nasi lemak, ketupat atau pun lontong. Tak mo cerita macam2, jomm kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru, cuci dan toskan*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
Air secukupnya*(*disatukan dalam periuk dan rebus hingga paru empuk)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Paru yang telah direbus empuk dan disejukkan, dihiris nipis. Kemudian gaul dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam hingga rata. Kemudian goreng hingga garing, angkat dan toskan.
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, kacau selalu dan gunakan api kecil. Masukkan pes asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga garing.
  3. Masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak hingga kering dan sambal melekat pada keseluruhan paru goreng. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi lemak atau nasi impit.

5 comments:

Cik Matahariku said...

wow!paru berlado ni memang sedap makan dengan nasi panas..ratah gitu je pun boleh..

ibh_sue said...

Dulu tak reti makan paru ni. Ternyata bila dah makan sedap sangat rupanya. Lagi sedap kalau paru sambal tu digoreng garing. Emmm yummm..yumm

MyLife Ria said...

Sodap ni che mat. Memang suka gak kalo paru tu gorang garing-garing.

HASRUL HASSAN said...

Uhhh sedap ni. Fav .. tapi tak pernah masak. Emak saya je yang pandai masak ni.

dEdEQ dE wIshEs said...

DEQ XPENAH MAKAN PARU . HEHE . KENA TERAI MAKAN JUGAK NI .. TERLIUR LEPAS TGOK GMBAR TU

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.