BEN ASHAARI

Monday, March 2, 2015

KACANG POOL KAMBING

rsz_kambing_pool

Assalammualaikum, salam Isnin, phewww cuaca panas kan main, syukur alhamdulillah nikmat Allah siapa kita nak menidakkannya. Hari ni che mat tak masak, eh...ada masak, pagi tadi, masak air. Semalam che mat bikin kacang pool. Kali ni guna daging kambing yang che mat kisar. Buat banyak sikit guna 2 tin kacang pool, 1 tin kacang panggang, 1 tin kacang kuda dan 1 tin taco mix beans yang sedia guna, jenama Tesco. Hambek, seperiuk...lagi pun kelmarin masa ke Johor Bahru, sempat juga singgah kedai Roti Salehuddin di Jalan Dhoby, beli roti paun. Baru ngam roti paun cicah kacang pool. Di FB, ada sorang teman bertanya, kacang pool kambing tu apa, kambing terjun swimming pool kah?...haha...nakal sekali ni baba, ada pulak dia ingat kambing terjun masuk swimming pool....ceritanya macam ni..

rsz_kambing_pool1

Kacang pool popular di Johor dan Singapura, ini semua sebab pengaruh masyarakat timur tengah yang banyak datang berdagang ke Johor dan Singapura pada zaman dulu. Salah satu makanan mereka yang telah sebati dalam masyarakat Johor ialah kacang pool, kacang pool atau ful medames dimasak bersama daging kisar samada daging lembu atau kambing. Seakan2 masakan kari tapi tanpa santan dan dimakan bersama roti benggali, roti nan atau roti tempayan. Kacang pool dimakan bersama telur mata kerbau, ditabur bawang besar yang didadu, tomato yang didadu, hirisan cili merah dan cili hujau, perahan limau kasturi dan tak lupa sedikit minyak sapi yang dicairkan dan dicurah atas kacang pool tadi...Bagi yang nak mencuba, meh che mat kongsikan resipi. Mudah saja membuatnya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging kambing, dicincang halus (che mat kisar guna food processor)
3 camca besar penuh rempah kari daging (baba's)#
1 camca besar penuh ketumbar serbuk (baba's)#
3/4 camca besar jintan manis serbuk (baba's)#
1 camca besar serbuk cili (baba's)#
2 tin kacang pool
1 tin besar kacang panggang
1 tin kacang kuda, ditoskan
1 tin taco mix beans (boleh beli di Tesco)
2 inci halia*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 liter air atau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
1/3 cawan minyak masak

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur digoreng mata kerbau, secukupnya
Tomato, didadu kecil
Bawang besar, didadu kecil
Cili merah dan hijau, dipotong kecil
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Minyak sapi. dicairkan
Roti untuk dimakan bersama kacang pool

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang pool, diramas sedikit, tapi jangan sampai hancur lumat, cuma kasi kacang dia pecah2 saja. Bancuh semua rempah2 yang bertanda (#) dengan 1/2 cawan air, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan pes rempah dan kacau rata. Masak dengan api kecil hingga naik minyak, kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging kambing dan kacau rata, masak hingga daging kambing berubah warna. Tambah kacang pool, kacang panggang, kacang kuda dan taco mix beans. Kacau rata dan tambah air. Biar mendidih dan sederhanakan api. Masak hingga pekat sedikit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok kacang pool secukupnya dalam mangkuk sesuai. Letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, cili hijau, cili merah dan tuang sedikit minyak sapi cair yang dipanaskan. Perah limau kasturi dan boleh hidangkan bersama roti...Selamat mencuba!!..

4 comments:

Nooriah Abdullah said...

asalamualaikum cikmat, aduh sedap nya kaknoor tengok, tapi macam banyakkk je kan bahan dia tu, boleh tak short cut ni cikmat?

yana yassin said...

haiyooo, banyak nya bahan . Comfirm x jadi . Mana kedai nak carikkk nie . Ke kena datang umah CMG kot baru dapt rasa . sob sob sob .

Nina Mirza said...

Che Mat.....
Sedapnya!! kalau lah dapat semangkuk sure termimpi-mimpi di siang hari berhari-hari~
huhuuu . . . .
Kejamnya dikau!

cik chinta said...

cik mat bole x amik gmbr tin2 yg cik mat guna. nk tiru la beli. lagi senang macam tu. plis eh cik mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.