IKAN BILIS GORENG CURAH KICAP...

rsz_bilis_kicap_bawang
Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat betul2 malas sangat nak masak dan tekak pulak cuma nak makan yang paling mudah dan senang dan paling utama sedap di tekak. Salah satu menu paling mudah dan sedap dah tentu ikan bilis yang digoreng garing, kemudian dicampur dengan bawang besar dan hirisan cili merah serta cili hijau yang juga digoreng dahulu. Curah sedikit kicap JALEN lemak manis dan sebelum makan perah sedikit jus limau kasturi jika suka. Kalau nak pedas, boleh guna cili padi, hmmmm, i tell you, sedapp okeh, tambah pulak telur dadar dan sambal belacan..meleleh peluh. Resipi ini amat mudah dan ikan bilis tu anda boleh guna berapa banyak anda suka. Kalau anda makan bubur nasi, menu ini paling sesuai....Walaupun ia resipi termudah sepanjang zaman, che mat tetap tuliskan serba ringkas resipi dan cara2 membuatnya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan dibelah 2, cuci dan rendam sekejap
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji cili merah, potong kasar
1 biji cili hijau, potong kasar
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji limau kasturi (optional) 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis ditoskan dan perah sedikit. Letak atas kitchen paper towel dan tekap2 agar ikan bilis kering. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga ikan bilis kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan toskan. Gaul bawang dan cili goreng tadi dengan ikan bilis. Curah kicap lemak manis dan gaul rata2. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan (jika suka), bersama nasi putih atau bubur nasi..

Post a Comment

11 Comments

  1. yg simple macam ni boleh habis nasi berpinggan2 ni cikmat...

    ReplyDelete
  2. @nooriah Abdullah - memang betul kak...tak payah yang lain2 dah..

    ReplyDelete
  3. Kalau makan time nasi panas....hilang terbang diet akak.

    ReplyDelete
  4. Simple but awesome!

    ReplyDelete
  5. Haishh....!! Intai-intai tetiba selongkar daur Che Mat nampak ini lagi~~ *siang tadi kat fb*
    Haru betul laaa... Nak kena buat gak nie!
    Huuhuuuu~

    ReplyDelete
  6. Favorite saya ikan bilis goreng ni. Cikmat guna ikan bilis berquality nampaknya tu. Barulah menjadi.

    ReplyDelete
  7. mak saya selalu buat. and that is the best ~! :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.