AIS KRIM VANILLA ISTIMEWA KELAPA MUDA

rsz_coconut_vanilla_ice_cream
Assalammualaikum, salam Ahad. Cuaca panas2 ni pekena ais krim pun sedap juga kan. Sedikit masa dulu sibuk orang buat ais krim pasu, dan secara terus terang che mat kurang gemar ais krim pasu, walaupun che mat dah jumpa pasu yang sesuai untuk dijadikan pengalas bekas ais krim pasu, iaitu pasu seramik yang tidak diglaze, tapi memang tak teruja langsung nak buat. Teringat teman blog che mat Sis Linn, cadangkan che mat buat ais krim kelapa muda, maksudnya ais krim vanilla dimasukkan ke dalam kelapa muda yang isinya lembut. Satu idea yang amat bagus, lagi pun benda2 alami, tidak lah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan che mat pun tak perlulah nak menjawab soalan2 yang tragis. Buatnya simple, dan untuk menampak ke tidak simple annya, che mat oter sikit, kita lapiskan ais krim tadi dengan salted caramel, kemudian tabur kelapa muda yang didadu kecil, isi hingga penuh kelapa tadi dengan ais krim. Kemudian masukkan kejap ke dalam freezer. Untuk projek ni anda kena pilih kelapa muda yang comel2, jangan nko beli kelapa muda saiz gadang, mau kang sebiji tu, 1 bekas ais krim vanilla kena sumbat biar penuh. Kelapa muda ini che mat beli kat Tesco, alah kan ada jual yang dah siap dipotong dan balik rumah cuma tinggal korek sikit bahagian atas dia dah boleh guna (air dia jangan pulak buang, boleh minum)... Ok, cara nak membuat nya memang mudah....jomm kita mulakan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 atau 2 biji kelapa muda yang telah dibersihkan, kelurkan airnya. 
1/2 cawan isi kelapa muda, didadu
1/2 cawan salted caramel (resipi di bawah)
Ais krim vanilla secukupnya
Buah strawberry segar untuk hiasan

BAHAN-BAHAN SALTED CARAMEL :-)
100 gram gula pasir
3 camca besar mentega
100 ml whipping cream 
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SALTED CARAMEL :- Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api kecil hingga gula cair dan perang, pastikan jangan sampai hangus, nanti pahit. Masukkan mentega dan kacau rata, biar mentega cair. Berhati2 masukkan whipping cream, kacau rata. Tambah garam dan kacau lagi, guna api kecil dan masak sekejap hingga pekat. Matikan api dan biar salted caramel sejuk sepenuhnya..
  2. UNTUK AIS KRIM VANILLA ISTIMEWA KELAPA MUDA :- Cedok ais krim vanilla dan isikan ke dalam kelapa muda sebanyak 1/3, tabur dengan sedikit isi kelapa muda yang didadu dan drizzle dengan 1 camca besar salted caramel yang telah sejuk tadi. Tutup dengan aiskrim vanilla, tabur sedikit lagi dengan sedikit kelapa muda yang didadu dan diikuti salted caramel. Kemudian tutup dengan ais krim vanilla hingga penuh.
  3. Simpan kelapa muda berisi air krim tadi ke dalam freezer selama 30 minit. Bila nak hidangkan, keluarkan dari freezer, cedokkan aiskrim vanilla dan letak lagi biar tinggi seperti dalam gambar, tabur baki kelapa muda dan drizzle dengan sedikit salted caramel. Hias dengan strawberry segar dan hidangkan segera...sebiji ni boleh makan 2 orang....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

2 Comments

  1. Cik Mat tergodanya la hai.

    Makan time panas aduhhh .. best ni.

    ReplyDelete
  2. Ish budak si Mat ni....
    Nak gi makan eskrim lah! Hemphhh....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.