BEN ASHAARI

Monday, February 2, 2015

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERPETAI..

rsz_sambel_petai

Assalammualaikum, salam semua....hari ini mereka2 yang menetap di wilayah persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) bercuti hari wilayah dan esok hari wesak, cuti lagi...selamat bercuti pada semuam dan berhati2 di jalan raya jika anda bercuti ke luar daerah. Che mat pun rasa nak cuti aje, tapi sebelum tu masak dulu yang senang2 sebagai sajian santapan. Pertama sekali masak sambal tumis ikan bilis berpetai. Masak yang mudah2 saja. Kalau sambal tumis anda boleh makan sama roti, lempeng, roti prata dan cekodok, selain dengan nasi. Sambal tumis ikan bilis berpetai amat2 authentic dan asli. Memang dah menjadi kebiasaannya. Boleh nak ganti dengan udang atau sotong, tak jadi masalah ikut selera anda. Bagi anda yang kurang yakin nak masak sambal tumis ikan bilis berpetai, meh che mat kongsikan resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tuang sedikit air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan bilis, kacau dan masak hingga ikan bilis lembut. Tambah petai dan hirisan bawang besar. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Masak hingga pekat, kacau selalu untuk mengelakkan sambal hangus. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama, nasi, ikan goreng, telur dadar dan ulam timun. Boleh juga dimakan bersama roti, lempeng dan sebagainya...

6 comments:

Eny Abdullah said...

sambal bilis petai mmg terbaik!!!

HASRUL HASSAN said...

Perghh sedap ni Che Mat. :) tapi petai non hado la pulak nak buat.

Diana Rashid said...

mak saya kalau buat sambal petai ikan bilis dia suka masuk kan sekali dengan kulit petai tu..sedap..:)

D' Sya said...

sedapnyeeee ^_^

Ayumieka said...

Salam Che mat... saya nak tanya, macam mana nak pilih ikan bilis yang sesuai or sedap untuk masak sambal. dalam resepi kat atas, che mat tak goreng ikan bilis tu. tak liat ke nanti? Harap che mat sudi kongsi tips2 tu. tia.

Nadia Johari said...

petaiiiii..feveret

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.