BEN ASHAARI

Thursday, February 5, 2015

SAMBAL TELUR PECAH...

rsz_tolo_pocah

Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni betul2 blurr, tatau nak masak apa. Duduk melangok kat meja dapur sampai dekat sejam, dan akhirnya che mat ambik keputusan kita masak sambal telur pecah yang begitu klasik. Che mat kalau masak sambal telur pecah, suka guna telur gred kecil, macam ged C atau D, ini kerana kandungan air dalam telur agak kurang dan bila masak, rupa telur tu masih nampak senonoh, takde lah bersepai dan berserabai semacam. Satu lagi guna non-stick pan untuk lagi senang. Guna kuali biasa pun boleh tapi kuali macam kurang sesuai, sebab ia berbentuk melengkung, bila anda pecahan telur, nanti telur melurut jatuh ke tengah, silap2 jadi seketul besar. Che mat memang rekomen anda guna non-stick frying pan, guna jenis yang dalam sedikit...

rsz_tolo_pocah1

Sedap dimakan bersama nasi panas, berulamkan timun dan renjisan kicap lemak manis JALEN (itu sudah semestinya..ehemmm). Kalau anda suka kuning telur yang bergoyang2, masa masak tu jangan tutup permukaan pan. Yelah petua nak cepat telur tu masak, kan kita tutup frying pan tu dengan penutupnya atau tudung periuk, jadi telur cepat masak. Tapi permukaan telur akan jadi putih, tak nampak dah kuningnya. Macam che mat buat, kan tak berapa nampak kuning dia, sebab nak cepat masak, che mat tutup dengan tudung periuk. Apa2 pun ia terpulang pada anda, samada nak kuning dia goyang2 atau keras. Selain dimakan sama nasi, sedap juga dimakan sama roti atau bikin lempeng pekak tak pun cekodok bawang dan cicah dengan sambal telur...Resipi memang mudah, dan kasi ni che mat rajin, jadi che mat tumbuk bahan2 rencah dia. Anda boleh kisar macam biasa, toksah khuatir......Jommm, semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 biji telur gred C atau gred D
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 camca besar pes asam jawa
3 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

tolo pocah2
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 1/3 cawan minyak masak dalam non-stick frying pan, pilih yang saiz besar sedikit. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah pes asam jawa dan kacau hingga sebati.
  2. Tuang air dan kacau. Masukkan 1 camca besar guna dan garam secukup rasa. Bila mendidih, kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu dalam sambal tumis, pastikan telur tidak bertindih antara satu sama lain (pecahkan telur dalam bekas lain, kemudian masukkan ke dalam sambal satu persatu).
  3. Masak hingga telur kental. Kalau nak cepat anda boleh tutup sekejap permukaan frying pan dengan tudung periuk atau penutupnya. Kemudian masukkan bawang besar dan masak sekejap lagi. Berhati2 longgarkan telur dari frying pan. Rasa sambalnya dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, hirisan timun, kicap dan lauk2 lain....


10 comments:

Maria Hasun said...

sedapnya cecah roti

Cik Candy said...

Sedapnya. Kecur ayaq liuq (=

ummi aqilah (LM) said...

Sedap ni che mat. Fav hubby sy, bln puasa mkn sahur ni tiap hari pun takpe

Lollipop Manis said...

mengancamnyeee teloq tu. sedappp! :D

adianiez AIDA said...

Dari kecik ni la lauk saya adik beradik. Now saya plak masak utk anak-anak...

anamizu said...

dapnye! mkn pulak dgn nasik panas2 hadoi..

Siti Norshimah Md Yasan said...

lauk simple tapi sedap...

Mona Lea said...

sedapnya . nampak sangat-sangat menyelerakan

azimah mohd zainuddin said...

tips yang berguna dengan menggunakan telur gred kecik

http://www.kakyongcun.com

Nadia Johari said...

kalau nad masak mesti hancur..sebab tu masak dulu telur baru masak sambal then tuang sambal dekat telur

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.