BEN ASHAARI

Thursday, January 8, 2015

ASAM PEDAS DAGING

rsz_assam_pedas_daging2
Assalammualaikum, salam semua...terlebih dahulu che mat ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan2 selamat hari lahir pada che mat serta doa2 anda semua. Hari ni che mat masak juga, sapa kata cuti, tak kira apa keadaan sekali pun (kecuali kalau tak larat sangat2 atau sakit baru lah cuti...cuti terus..huhu), kena gak masak. Dan terima kasih che mat pada teman blogger Sis Linn yang sudi datang siang tadi bersama anak bujang beliau, Amat. Terima kasih buah tangan tu yea. Resipi untuk kali ni che mat kongsikan asam pedas daging yang menjadi kegemaran sis linn. Kalau dapat daging tetel lagi sedap, tapi che mat cuma ada daging biasa saja. Sekali2 ok lah makan asam pedas daging. Kalau anda perasan, asam pedas daging popular di Melaka. Memasaknya agak mudah dan ada dua kaedah. Pertama anda boleh rebus dulu daging tadi hingga lembut dan baru dimasak asam pedas atau anda boleh masak terus dan renihkan hingga daging lembut. Che mat masak dalam periuk tekanan dan hanya mengambil masa 15 minit untuk daging empuk...Anda boleh juga guna daging kambing, jika suka...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging lembu
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam kisar
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Tambah daging dan daun kesom, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas). Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.



9 comments:

Fadhilah Izaraee said...

aduyai...sedapnya kalo dapat makan dengan nasi panas...

Nadia Johari said...

Wah marbeles..

Sis Lin said...

Alhamdulilah...

Terima kasih Mat..Aku balik duk gelak sakan teringat kes 'toyol' dan 'pejabat' adeiii...
Asam poedas daging sampai anak aku kata pestime makan, sedap!! TQ Mat !!!

http://www.tiffinbiru.com/2015/01/asam-pedas-daging.html

Ren Misaha said...

Sedapnya... daging korban hari tu banyak lagi dalam peti. Nak masak jugalah mcm ni.

Nak tips kesihatan dan kecantikan secara online, jemputlah singgah ke blog saya www.jomlawa.com

Ummu Hanan said...

Aduhai, sedapnya.. Saya selalu buat asam pedas mesti tak menjadi.. Means tak pekat sangat.. Dah tahu cara yang betul, blh follow ni..^_^

Norliza Osman said...

memang terliur tgk resepi dlm blog cik mat ni.daging asam pedas ni tak perna pulak mkn.biasa ikan dan ayam je.nak try la masak la daging asam pedas ni.tq cik mat.

Lisa Nurulain said...

tak pernah try lagi tapi mungkin leh try lepas ini. hehehe

Putera Zach said...

kecur air liur.....

Nur Afiqah said...

Tq cik mat..sedap..sy buat utk mkn tgh hari ni..menjadi..heheh..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.