LEMPENG PEKAK DENGAN GULAI KAMBING SEMALAM..

rsz_1lempengg_x
Salam semua...mula2 ingat nak cuti aje hari ni, tapi tiba2 rasa bosan teramat sangat tahap nak meletop dah ni, dan sebab tu che mat update lah blog. Entri sempoi2 aje, sarapan pagi tadi punya. Rasa2 che mat sesuai lah letak malam ni, jadi esok boleh lah ada cuba buat. Kalau sebut lempeng pekak, mesti sinonim dengan che mat. sebab lempeng dia buat aje yang pekak, lempeng orang lain mungkin ok kot, tak pekak. Dan sebab che mat bikin lempeng ni kerana ada baki gulai kambing yang che mat masak semalam. Gulai2 macam ni lepas sehari, rasa dia lagi sedap. Dan satu kelebihannya, sampai ke kuah semua licin, kerana boleh dicicah dengan lempeng, roti atau prata. Resipi lempeng pekak yang che mat buat kali ni agak mewah skit, kerana campur dengan santan, tu pun baki dari masak gulai semalam, che mat simpan dalam 1/2 cawan, simpan dalam peti sejuk. Ok, moh kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/3 cawan santan @ susu segar
3 cawan air
Garam secukup rasa
Sos kegemaran anda atau kuah kari, kuah gulai, sambal tumis dan sebagainya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam dan sos bahan2 untuk mencicah. Kacau rata dan tapis (boleh juga kalau anda kisar guna blender). Tambah garam secukup rasa dan kacau hingga sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan (ikut suka anda nak guna yang saiz berapa inci). Lenser dengan dengan minyak makan, kemudian masukkan 3/4 cawan adunan lempeng dan ratakan (gelek2kan pan tadi hingga adunan rata). Masak hingga lempeng pucat. Kemudian terbalikkan dan masak hingga perang. Angkat buat kaedah sama dengan baki adunan tadi. Pastikan ada lenser dengan sedikit minyak masak pada non-stick pan sebelum mula buat lempeng yang baru.
  3. Hidangkan dengan sos kegemaran anda atau kuah gulai. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Post a Comment

4 Comments

  1. sedapnya lempeng.... malam2 macam ni lapar pulak tgk entri nie hihi.. + hujan pulak kat bumi subang ni kan

    ReplyDelete
  2. lempeng makan pagi atau malam sodap..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Singgah di waktu pagi..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.