BEN ASHAARI

Saturday, November 29, 2014

ROTI BAKAR, TELUR 1/2 MASAK DAN KOPI...

rsz_roti_kopitiam1
Assalammualaikum salam Sabtu semua. Hari ni che mat bersiaran awal dan hanya selitkan entri sarapan. Cuti masak sebab ada jemputan kawin sedara kami di Lukut, Kota Tinggi Johor. Dan pagi tadi terpinga2 kat dapur, tatau nak bikin sarapan apa. Nampak kat wall FB teman che mat, Sue Joshua dia tayang cekodok pisang dan belebat (lepast) pisang, bikin teruja sangat. Tapi nak bikin takde pisang. Jadi kita sarapan yang mudah dan boleh kenyang sampai petang (err..ye ke petang, dah tengah hari kang ke majlis orang kawen, bukan melantak nasi ke?..haishh). Roti ni biasa2 saja, che mat guna roti paun dan hiris tebal sedikit kemudian bakar hingga perang. Dan telur setengah masak tu sebenarnya bahagian merah dia bulat cantik dan tak keras. Tapi masa che mat ambil gambar, dia tersenget dan telur merah dia pecah....huhu...dah jadi roti bakar banjir...grrr..kesilapan teknikal. Seperti biasa, anda boleh hidangkan bersama lada hitam dan kicap. Kopi jangan lupa. Untuk kali ini che mat kasi cara nak rebus telur untuk dapatkan telur merah yang gegar2 tapi putihnya kental.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti sandwich (che mat guna roti paun dan hiris sederhana tebal)
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam (aji-shio_
Sedikit kicap lemak masin JALEN, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, kemudian bakar roti hingga perang pada kedua2 bahagian, angkat dan ketepikan. (sebab che mat guna roti paun dan saiznya agak besar, lepas bakar, che mat kerat 2 setiap sekeping).
  2. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan telur (cuci dulu telur tadi) dan pastikan telur tenggelam dalam air mendidih, sederhanakan api dan rebus telur selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan. (pastikan anda rebus 2 minit, kalau lebih masa, anda berkemungkinan takkan dapat telur merah yang gegar2).
  3. Ambil roti dan susun dalam piring sesuai. Berhati2 pecahkan telur atas roti. Korek lebihan putih telur yang melekat pada kulitnya menggunakan sudu kecil. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan jika suka boleh tuang sedikit kicap. Hidangkan segera...


10 comments:

MamaFaMi said...

Mat... nak satu set. Kopi tak mau cawan tu. Kecik, tak cukup. Nak satu mug besar. Jangan ko hantar 1 teko besar sudahlah. Beri hati tu namanya!

Hamidi SP said...

Sedap dan menyelerakan..:)

Eny Abdullah said...

MMg selalu sgt buat ni... sedapppp!!!
Jom tengok entry terbaru ttg Bilis Tomyam
http://enyyusnizar.blogspot.com/

Pengedar Shaklee Sri Aman said...
This comment has been removed by the author.
Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Terasa nak buat pulak

Nyz said...

Alergik tengok telur mcm tu.. Tak cukup satu kalau makan.. Hehehe..

Bicara Kak Noor said...

sedapnya cikmat boleh try esuk pagi ni, telur tu yang selalu tak jadi kalau akak buat haha

KiD said...

sedapnya telur itu... nyum nyumm...

Nina Mirza said...

Dah malam baru nina dapat view.....
Hadoi~~...,!!! Dah kenyang pun boleh bikin lapar tengok roti telur gegar2 Che mat nie....

Radiah Hamdi said...

sodappppp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.