BEN ASHAARI

Saturday, October 25, 2014

TAUGEH KASAR TUMIS RAMPAI..

rsz_taugeeh_kasier
Walaupun ini menu orang bujang, tapi che mat tetap nak share juga. Mesti ada yang tertanya2, che mat ni penggemar taugeh kasar ke?..Sebab kerap juga entri taugeh kasar ada di blog ni. Yea memang betul, saya penggemar taugeh kasar. Walaupun ada yang kata kacang dia tu keras, tapi pada che mat bahagian kacang tu lah paling sedap, lemak2. Takde masalah kalau anda nak masak dulu kacang tu sampai lembut, denga syarat anda kena siang dan asingkan batang taugeh dan kacangnya. Masak dulu bahagian kacang tadi sampai lembut, kemudian baru masukkan batang taugeh. Selain tumis, boleh juga dimasak lemak atau di bening saja. Kenapa che mat masak menu2 ringkas?..Sebab itu yang lebih mendapat sambutan. Bagi yang nak mencuba che mat tuliskan resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram taugeh kasar (taugeh soya)
2 keping tauhu keras,
1 cekak kucai
1 biji bawang besar, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
15 ekor udang, bersihkan, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan. Tauhu dipotong kiub, goreng sekejap hingga kekuningan, angkat dan toskan. Kucai dicuci, kemudian kerat pendek. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah udang, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang sedikit air.
  3. Tambah tauhu goreng, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masukkan taugeh kasar. Kacau dan masak hingga tauge lembut sedikit. Tambah sos ikan secukup rasa dan masukkan kucai. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok bole matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..


4 comments:

Azie said...

Taugeh kasar mmg kegemaran saya. Cantiknya gambar. Kamera apa CM guna.

Cahaya Diana said...

Assalamualaikum,
Hai MG, salam perkenalan.. ni 1st time saya sampai ke sini. Menarik resepi-resepi di sini.. +cara persembahan yg menarik. simple n tak boring. tahniah MG. All the best!

aeinna Musa said...

as slm...wah..menariknya blog MG ni..terus rasa lapar sangat..hihi..btw, tq atas perkongsian ilmu dari MG. salam ukhuwah dari saya

Anira Abdul said...

Sedapnya....saya cukup suka dengan taugeh kasar ni. Biasa masak lemak putih campur dengan udang je...dah tu buat sambal belacan. Sesekali kena cuba resepi ni....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.