KANGKUNG GORENG TAUCO

rsz_kangkung_taucho

Kangkung sayur kegemaran che mat sejak dulu lagi. Kata orang kangkung sayur berunsur sejuk dan tak elok untuk mereka yang mengidap sakit2 sendi. Dan kerana kangkung jugalah Hang Tuah dapat melihat wajah Maharaja China, kononnya, semasa Hang Tuah berlayar ke Negara China, beliau minta tukang masak, agar sayur kangkung dimasak tanpa dikerat pendek, masak panjang2. Dan dikatakan masa tu, pantang untuk melihat muka Maharaja. Dengan kebijaksanaan Hang Tuah, masa makan dia terpaksa mendongakkan muka untuk memakan kangkung dan secara tak sengaja dapatlah dia melihat wajah maharaja...konon2nya lah, wallah hu alam. Tapi che mat idok leer masak sepokok2, mau terbelit kat anak tekak nanti. Resipi kangkung goreng taucho ni sedap, dan masukkan 7 - 8 ekor udang untuk naik seri. Suka pedas?..toksah risau, hempukkan aje 4-5 biji cili padi...settle dah...Nak masak macam mana?....sila lihat resipi kat bawah ni yea adik2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung (atau lebih sedikit) disiang, cuci bersih dan toskan
8 ekor udang saiz besar, dibersihkan
3/4 camca besar tauco
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris
Garam atau sos ikan secukup rasa (jika perlu)
1/3 cawan air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan tauco, kacau dan masak sekejap. Masukkan udang, gaul rata dan tuang air. Biar mendidih dan udang bertukar warna, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah hirisan bawang besar dan kangkung, besarkan api dan gaul kangkung tadi hingga rata. Rasa dan jika perlu, baru masukkan sedikit garam atau sos ikan, secukup rasa. Kacau dan boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain....Selamat mencuba!!

Post a Comment

2 Comments

  1. suka makan kangkung taucu..best..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba kangkung taucu.husband tak suka.tp mesti sedap,kan

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.