BEN ASHAARI

Wednesday, September 24, 2014

SINGGANG IKAN BILIS BASAH..

rsz_singgang_ikan_bilis
Assalammualaikum. salam semua, Hari ni che mat tak masak, tapi masak juga sebenarnya. Kalau menu simple, atau menu cempak2, selalunya che mat anggap tak masak sangat. Contoh macam singgang ikan bilis basah. Satu menu yang mudah, sesuai untuk mereka yang berdiet, tanpa minyak, semua main masak macam tu saja. Bak antara penggemar singgang seperti ini. Pagi tadi che mat ke pasar dan beli ikan bilis basah (abang long che mat yang beli), ikan dia saiz agak kecil, selalunya besar sikit. Bonda che mat memang rajin mengerjakan ikan2 kecik macam ni. Selain dibuat singgang, ikan bilis basah sedap kalau diuat jemput2 atau digoreng celop tepung. Tapi pastikan anda belah dan buang tulang tengahnya terlebih dahulu. Nampak biasa2kan, tapi ia luar biasa bagi yang menggemarinya...ehemm termasuk che mat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan bilis segar, disiang, buang kepalanya dan cuci bersih
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
5 biji cili akar @ 2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air ke dalam periuk (kurang lebih 700 ml atau secukupnya). Masukkan juga bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan asam jawa. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan bilis. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Masukkan cili hijau, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi dan kacau perlahan2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.


10 comments:

Hasnieda Mohamad said...

Wahh... first time dgr singgang ikan bilis... selalu buat ikan kembung atau tenggiri jer... ikan bilis ni kecik... tak susah ke buang tulang dia?

Nazlee Ismail PCL said...

Selalu pegi pasar pcl jeling² jer ikan bilis basah tu...sedap ea dibuat jemput² ?

Zefa NorAsmara said...

Ikan bilis basah rupanya.. Belum pernah cuba lagi. Tkasih sbb x pernah jemu berkongsi resepi dan beri idea nak masak apa.. :D

simaasyamimi said...

salute betul mat gebu. Variasi resipi uols

Ayoi Kema said...

kite wat dier ...haha...terbaik la bro mat gebu ni...smua leh jd bahan memasak..

Fai CeritaCinta said...

selalu ikan bilis basah ni fai goreng dgn tepung je.. first time dengar boleh buat singgang. best ni boleh try..

Tentang Kita said...

1st time tau ikan bilis boleh dibuat singgang....selalu guna daging dan ikan aje

Anira Abdul said...

1st time dengar singgang ikan bilis...menarik. Boleh cuba minggu ni...

Aku Penghibur said...

first time dengar.. boleh cuba nie

aishah ali said...

Cik mat mak mertua kita suka masak asam rebus ikan bilis basah ni...haritu kita buat bila makan asik tercekik tulang je...halus noh tulang dia tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.