Assalammualaikum, lewat sikit dapat bersiaran hari ni. Dan che mat cuma sempat sharekan resipi mudah, senang dan ringkas saja. Dan sudah pasti ia menjadi kesukaan che mat dan anda juga. Mesti pernah dengar ikan masak cuka, yea tak?...Ia sama seperti kita masak acar, tapi lebih ringkas. Che mat guna ikan kembong, selain ikan kembong, ikan tenggiri, ikan merah, ikan bawal pun sedap dimasak macam ni. Kalau berani anda boleh cuba guna udang. Selalunya ikan digoreng hingga masak tapi jangan terlalu garing. Sedap dimakan bersama nasi panas, Bagi anda yang tak makan daging atau ayam, ikan masak cuka juga sesuai untuk dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak dan sebagainya. Resipi ini tergolong dalam resipi mudah dibuat dan anda boleh cuba masak untuk hidangan tetamu atau keluarga...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci dan kelar sedikit*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*lumur rata2 pada ikan dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris serong memanjang
1 biji cili hijau, hiris serong memanjang
2 camca besar cuka makan JALEN
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
1/3 cawan air
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan kembong digoreng, tapi tak perlu sampai garing, goreng sampai masak dan kekuningan sudah memadai. Angkat dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak masak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Tambah bawang putih dan halia, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Tambah serbuk kunyit dan gula. Kacau rata dan masukkan cuka makan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan ikan. Balik2kan ikan hingga rata dengan bahan2 lain.
- Perasakan dengan garam secukupnya. Sesuaikan rasa, dan jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..
7 Comments
assalamualaikum cik mat...mcm sedap jer ni...esok nak cuba resepi cik mat ni la...nak juga tahu apa rasanya...
ReplyDeleteWahh boleh cuba buat la nnt..tq cik mat
ReplyDeleteLama dah tak makan ikan masak cuka nih... dulu rajin masak tapi bila dah kawen ngan org N9 selera pn kna jadi selera suami... hihhi...
ReplyDeleteorang utara je tau makan ikan madak cuka nih...
jakun..1st time ni masak guna cuka masak..lepas nie bole tambah resepi hujung minggu kat rumah.
ReplyDeletewalla...resepi nak kurus ni..best..best...tenkiu Cik Mat
ReplyDeletemasakkan nie husband sgt gemar...saya pun ada share dlm post sya yg lps2
ReplyDeletememang pelbagai masakannya./. great !!
ReplyDelete