BEN ASHAARI

Monday, September 1, 2014

SAMBAL PETAI TEMPOYAK PEDAS...

rsz_petai_tempoyk
Petai lagi...hehe, tengah musim petai. Kali ni che mat buat sambal tempoyak pedas, campur petai dan guna ikan bilis tamban. Ini satu masakan mudah dan menjadi kegemaran mereka2 yang suka tempoyak dan petai. Selain ikan bilis tamban, anda boleh guna ikan bilis biasa atau tukar dengan udang. Che mat guna cili padi dan cili kisar. Dah nama pun 'pedas' yea tak. Petai tu che mat guna kurang lebih 2 papan, dan ikan bilis tamban dalam segenggam (yang telah dibersihkan - buang sisik, belah dan buang tulangnya). Bagi anda yang bekerja, anda boleh buat sambal ni lebih sikit dan simpan dalam peti sejuk, bila nak makan, boleh panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Bagi yang tak makan petai, usah khuatir, anda tak perlu letak...Ok. kita lihat resipi seperti di bawah..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis tamban
2 papan petai
2 batang serai, diketuk
4 camca besar cili kisar
3 camca besar pati santan
3 camca besar tempoyak
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis tamban dibuang sisi, belah dan buang tulangnya. Rendam. Petai diambik isi, cuci dan toskan. Panaskan 4 camca besar minyak dalam kuali. Tumis serai dan bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan tempoyak, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah ikan bilis tamban (tos dan perahkan). Kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


6 comments:

M.H.Nong said...

cantiklah background chik mat ni.

Siti Aisyah said...

peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

sesuai untuk :
# pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
# peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
# penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
# penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

MEMPERKENALKAN !!!
Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..


Produk Yang Disediakan :-
* Maxis
* Digi
* Celcom
* Umobile
* Tunetalk
* Xox
* Merchantrade
* Digissocial
* Digisidd
* Digibroadband
* Molpin
* Tron
* Italk
* Cib-Mall Pin
* A-Cash Pin
* Mcoins Pin
* Njoi Flexi
* Celcom Bill
* Maxis Bill
* Digi Bill
* Umobile Bill

Utility Bill :-
* Telekom Bill
* Astro Bill
* Syabas Bill
* Tnb Bill
* Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
* Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
* Indah Water Bill
* Unifi Bill
* Sada Bill

UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA
ATAU
BOLEH LIHAT TERUS DI LAMAN WEB BERIKUT
http://i2isyah92.wix.com/bisnestopupgempak

[n a j e e b] said...

kemain panjang komen iklan tu.. hahaha.. boleh buat entry baru --- RESEPI PENGOMEN MASAK TIGA RASA.. ehh.. matilaaaa
petai?? wow.....lelehhhhhh i is..!!

musa nora said...

wah..dts brwajah bru..tahniah cm..cantik..n yg pastinya..resepi sntiasa superb....

Wanie Laila said...

Sedapnya....suami saya mesti suka ni...t.kasih che mat

Hafiza AizZawa said...

nak try balik umah nie.. baca resipi pun dah terliur.. hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.