BEN ASHAARI

Saturday, September 6, 2014

MENGIDAM KACANG PHOOL.

rsz_kacangg_phool

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni pagi2 lagi che mat dah ke dapur. Ini semua gara2 bekalan air paip akan diberhentikan sekitar jam 10 pagi atas sebab2 penyelenggaran paip utama. Kira ok lah sebab dah bagi notis awal. Kalau tak kasi tau, tiba2 saja tutup air, mau aku hangin satu badan. Nasib baik air tangki penuh (yang tu memang kena sedia ada untuk masa kecemasan). Anda pernah makan kacang Phool?..Kacang Phool ialah makanan tradisi orang2 Johor, terutama mereka yang berketurunan arab. Ia dipercayai berasal dari negara timur tengah. Ia juga popular di Singapura.

rsz_kacangg_phool1

Untuk membuat kacang phool, bahan utama mestilah kacang phool seperti gambar di bawah. Dan che mat masukkan juga 1 tin kacang merah. Seperti anda tau, kacang phool dihidangkan bersama telur mata kerbu, bawang besar yang didadu, tomato yang didadu, hirisan cili merah dan hijau, limau kasturi tak lupa juga minyak sapi yang dicairkan. Sedap dimakan bersama roti perancis atau roti paun. Kalau anda cicah dengan capati atau roti canai juga sedap. Bagi yang tak pernah cuba dan ingin mencuba, che mat sharekan resipi kacang phool di sini (walhal dah banyak kali juga share, cuma yang ni che mat tambah sedikit tomato pes)....Selamat mencuba!!..

rsz_kacanh_phool

Contoh kacang phool yang che mat guna..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang phool, ramas separuh hancur
1 tin kacang merah, toskan
200 gram daging kisar, cuci dan toskan
1 camca besar tomato paste
2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 kiub pati daging (optional)
3/4 camca teh lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
10 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Bawang besar, potong dadu
Tomato, potong dadu
Cili merah, hiris kasar
Cili hijau, hiris kasar
Telur mata kerbu secukupnya
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2
Minyak sapi secukupnya, dicairkan
Roti perancis, untuk dimakan bersama kacang phool

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato pes dan masak sekejap. Satukan rempah kari daging dan serbuk ketumbar dengan 1/4 cawan air dan kacau hingga menjadi pes. Masukkan pes rempah ke dalam kuali, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar dan masak hingga daging berubah warna. Tambah kacang phool dan kacang merah. Gaul rata dan tuang air (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih. Masukkan kiub pati daging kalau guna. 
  3. Perasakan dengan garam secukupnya, lada hitam dan sedikit gula (kalau guna kiub daging, rasa dulu, baru tambah garam secukup rasa). Masak hingga pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. (kalau anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air).
  4. Untuk menghidang, cedok kacang phool secukupnya dalam mangkuk sesuai. Letak sekeping telur mata kerbau. Tabur dengan bawang besar, cili merah, cili hijau dan tomato. Curah sedikit minyak sapi dan perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti perancis dan sebagainya..

7 comments:

DZ said...

Pernah cuba memasak phool mat gebu n memang sedap.... Kena try versi ni pula

Eny Yusnizar Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Eny Yusnizar Abdullah said...

Salam Cik Mat...
Kat kedah ni cari merata dah kacang tu tak jumpa jumpa.. boleh pakai kacang lain ke sbg ganti contohny baked beans tu?

musa nora said...

hri tu cri satu tesco xjumpa kcng foul dlm tin tu..hri ni nk cri kat giant plak

najah salwa ismail said...

Che Mat, mn nk cr kacang phool tu. Abis dh Carrefour Alamanda ni sy cr xjmpa pn. Nk sgt try buat..

Fyruzs Foo said...

Aeon(Jusco) ade...sy beli dkt Aeon Mid Valley

aRz MoHa said...

menarik dan sedap

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.