BEN ASHAARI

Friday, September 5, 2014

ASAM PEDAS MELAKA...

rsz_asssam_ikan_pari
Assalammualaikum, asam pedas tak sudah2. Tapi ni kali kita masak asam pedas style Melaka. Ini che mat masak semalam sebenarnya dan bercadang nak masukkan sebagai entri jam 1.30 pm, tapi tak sempat. Jadi hari ni che mat kongsikan dengan anda. Mesti ada yang tanya, apa beza asam pedas Melaka dengan asam pedas lain?..Asam pedas Melaka lebih banyak menggunakan rempah ratus seperti jintan, halba dan sebagainya. Ada juga yang menambah kerisik atau kelapa yang dipanggng ke dalam kisaran rempah tadi. Selain daun kesom dan bunga kantan, serai dan daun kari menjadi herba yang perlu ada dalam asam pedas melaka. Tapi ini bergantung juga pada individu, ada yang memiliki resipi turun temurun dari keluarga masing2. Senang cerita, bahan2 dia lebih kurang macam che mat tulis tadi. Rasanya lebih beraroma dan sudah semestinya sedap...ehemmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
1 biji terung ungu saiz besar (kalau kecik, guna 2 biji)
20 biji tomato ceri (atau 2 biji tomato biasa)
2 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 3/4 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*(*goreng tanpa minyak, kemudian tumbuk halus)
1 kiub ikan bilis (optional)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 kemudian potong 3 setiap belahan, rendam. Tomato di belah 4 setiap 1 (kalau guna tomato ceri tak perlu belah). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis bahan2 tumis dan serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan bahan tumbuh halus dan tambah pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biar mendidih. Tambah ikan, kiub ikan bilis (jika guna) daun kesom dan bunga kantan. Kemudian masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masuk tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

2 comments:

adda syuhada said...

Sedapnyer...singgah Jumaat di sini...

acik watie said...

Jarang menjadi kalau masam asam pedas

http://acikwatie.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.