CHAR KUEY TEOW

rsz_kuey_teow_gorengg1

Assalammualaikum, salam Isnin. Dah macam musim tengkujuh pulak kan sekarang ni. Kampung che mat pun sejak2 ni hujan. Cuaca pun mendung. Nasib baik pagi cuaca agak panas, boleh gak lah kain baju kering. Hari ni che mat skip makan nasi, bosan lah. Jadi ku goreng kuey teow. Plan asal nak buat mi hailam, tapi tiba2 selera bertukar nak char kuey teow pulak. Udang ada sikit, termasuk kerang. Memang ngam sangat lah kan. Che mat goreng kurang lebih 150 gram kuey teow saja. Resipi amat mudah dan senang dibuat. Dan sedap dimakan panas nak2 dengan cuaca sejuk...ehemm...

rsz_kuey_teow_goreng

Dalam gambar tu apa yang buat anda kecur selain limau kasturi?...Sah2 cili jeruk tu kan, apa lah makna makan char kuey teow tanpa cili hijau jeruk. Anda boleh buat cili hijau jeruk ekspress, ambik 2-3 biji cili hijau segar, cuci dan potong kasar. Celur 30 saat dengan air panas, toskan. Kemudian rendam dalam 1/3 cawan cuka makan JALEN yang ditambah 1 camca teh gula dan 1/4 camca teh garam. Kacau rata dan biar 30 minit. Lepas tu dah boleh dimakan bersama char kuey teow atau mi hoon goreng atau apa2 sajalah yang sesuai. Ok, jomm kita buat char kuey teow...lepas tu boleh dimakan panas2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram kuey teow (kurang lebih), cuci dan toskan
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 genggam isi kerang
1 camca besar cili kisar
1 camca teh kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji telur, pukul sedikit
2 ulas bawang puith, cincang halus
1 mangkuk kecil taugeh, dibersihkan
10 tangkai kucai, dipotong pendek
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan air
Cili hijau jeruk, jika suka
Sebiji limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan kicap pekat dan kicap manis, gaul rata. Tambah udang dan isi kerang, kacau dan masak sekejap. Guna api kecil.
  2. Tambah air, kacau dan bila pekat. Masukkan kuey teow, gaul rata. Buat lubang ditengah2 kuey teow tadi, masukkan telur dan biar telur mengental. Kacau rata dan gaul dengan kuey teow. Tambah sos ikan secukup rasa dan kacau lagi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama cili hijau jeruk dan belahan limau kasturi..enak dimakan panas2..

Post a Comment

5 Comments

  1. owh ye..ni rupa char kuey teow cik mat..selalu buat Penang style...kuah banjir sikit ; Terbaik makan ketika masih panas...emm.

    ReplyDelete
  2. terima kasih CMG ajar cara buat cili jeruk ekspress tu...

    duluuuuuu.. kat plaza kotaraya... zaman akk muda2 (hehehe) ada char kuey teow yg femes amat. Tapi tak tahulah knp sejak bila char kuey teow tiba2 berkuah pulak.. akak suka yg mcm CMG buat ni.. mcm tulah yg jual kat Plaza Kotaraya dulu2.

    ReplyDelete
  3. memang sedap kalau tambah cili jeruk...ni yang rasa nak duduk sebelah rumah..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Cmg..tmpg tny sos ikan tu nak beli jenama apa ya....

    ReplyDelete
  5. bestnya char koey teow ni cik mat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.