BEN ASHAARI

Friday, July 11, 2014

UDANG MASAM MANIS LAICI YEO'S

rsz_ikan_masam_manis_laici_yeos2
Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam dah masuk minggu ke-2 kita menjalankan ibadah puasa. Mesti pelbagai juadah telah anda cuba masak. Ingat lagi tempoh hari che mat ada buat agar-agar soya YEO'S seri ramadan di sini?...Kali ini kita cuba guna satu lagi keluaran YEO'S. iaitu minuman laici. Tapi bukan dijadikan pencuci mulut, che mat dengan beraninya mengolah minuman laici YEO'S sebagai salah satu bahan utama untuk resipi Udang Masam Manis Laici Yeo's. Ragu-ragu juga nak buat, sebab ini kan bulan puasa, bila kita masak, bukan boleh rasa sampai ke anak tekak. Tapi alhamdulillah, ia menjadi dan rasa dia pun tidak mengecewakan...sedapp!!..Che mat masukkan nenas yang didadu selain cili merah dan cili hijau. Kalau anda berani, boleh ganti nenas dengan buah laici. Jika suka pedas, boleh masukkan cili padi dalam 6-7 biji, pastikan anda ketuk sedikit cili padi tadi..

rsz_ikan_masam_manis_laici_yeosrsz_ikan_masam_manis_laici_yeos1
Satu yang menariknya, bila anda guna minuman laici YEO'S dalam masakkan udang masam-manis ini, anda tak perlu tambah gula. Rasanya cukup elok bila digabungkan dengan sos cili Thai. Walaupun telah dimasak, masih ada rasa ke laici annya walaupun tidak kuat.Untuk resipi ini che mat guna udang galah jenis kecil, atau orang Johor panggil 'udang gantung' dalam 300 gram. Kalau anda nak guna udang lain pun boleh, janji udang bersaiz besar. Dan satu lagi, minuman laici YEO'S juga anda boleh pelbagaikan macam kat gambar minuman di atas tu. Che mat masukkan sedikit pati sirap rose, tambah ais kiub, kacau rata dan masukkan 2 camca besar biji selasih yang terlebih dahulu direndam dalam air panas. Nyaman sangat bila diminum sejuk. Pendapat che mat lah, produk YEO'S terutama minuman, wajib ada disetiap rumah, nak-nak menjelangnya hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.....Ok, che mat tuliskan resipi, bolehlah anda cuba buat untuk berbuka puasa nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram udang gantung atau udang bersaiz besar
1 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh garam
1/2 cawan nenas yang telah dipotong kiub
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, belah 2, buang biji dan potong kasar
1 biji cili hijau, belah 2, buang biji dan potong kasar
1 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili Thai
1/2 cawan minuman laici Yeo's
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang gantung dibersihkan. Potong muncung dan kaki-kaki kecilnya. Buang kotoran dibahagian kepada udang. Cuci bersih dan toskan. Kemudian lap kering udang tadi dengan tissue dapur bersih. Gaul dengan serbuk kunyit dan 3/4 camca teh garam. Goreng udang tadi hingga bertukar warna (kurang lebih 1 - 2 minit). Angkat dan toskan.
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos cili Thai, nenas dan minuman laici YEO'S. Kacau dan masak hingga pekat, guna api kecil.
  3. Masukkan udang galah yang telah digoreng, cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Tambah garam secukup rasa, gaul rata dan masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain sebagai hidangan berbuka puasa. Sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato...

2 comments:

TunSha Ayunie said...

resepi bestttt.... mudah ni... boleh try... mati akal dah nak masak apa selalu.. hihi

adda syuhada said...

Mcm sedap ya..x pernah masak guna laici yeos ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.