BEN ASHAARI

Sunday, July 20, 2014

UDANG HARIMAU MASAM MANIS...

rsz_udang_harimau_masam_manis
Assalammualaikum, ehemm...apa khabar anda, mesti ada yang tengah sibuk bikin biskut raya. Ok, hari ini che mat berkesempatan nak kongsi dengan anda satu resipi yang pasti membuka selera anda samada untuk berbuka puasa atau pun sahur. Dan ia amat mudah disediakan. Kalau tak boleh makan udang, anda ganti dengan ayam, atau fillet ikan atau ketam pun boleh. Sebab semalam masa che mat agak ketat, maka ku masakkan menu di atas ini untuk berbuka puasa, termasuk kari sardine dan terung masak taucho, yang tu semua dah biasa, anda pun pandai masak. Che mat guna udang harimau bersaiz sederhana kurang lebih 15 ekor. Untuk menambah ke seksi an hidangan anda, jangan lupa tambah setin kecil nenas, pastikan anda potong dulu nenas tadi dan jusnya jangan dibuang, kita gunakan sebagai kuah untuk masakan ini. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi yang diketuk....Ok resipi amat2 mudah, jangan lupa mencuba untuk berbuka nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang harimau saiz sederhana
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 tin kecil nenas dalam tin
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang harimau dibersihkan, tak perlu dibuang kulitnya. Gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan. Sementara itu, cili merah dan hijau, dibelah 2, buang biji dan hiris kasar setiap belahan. Nenas ditoskan, kemudian potong kecil, asingkan airnya. Ketepikan.
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai dan sos plum, kacau rata. Masukkan air dari nenas dalam tin tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah udang, bawang besar, nenas, cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dhidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.


4 comments:

Cik Asma BLuppy said...

bru buat smalam. hihi

ummi aqilah (LM) said...

Tq cm share resepi. Jemu dah asik sambal udang dan gulai aje

noraimi syazwani mohd yusoff said...

Tak pernah lagi try resepi ni,nak try lah, tq CM

fatin izzaty said...

Boleh dapatkan no tel photographer resipi2 ni?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.