BEN ASHAARI

Monday, July 21, 2014

TERUNG SALAI BERLADO..

rsz_terung_salai_berlado
Assalammualaikum, che mat dah mula sibuk sekarang, nak update blog pun bila ada masa terluang macam sekarang ni. Menu pun simple2 sahaja. Jemu juga makan menu yang rumit. Semalam che mat buat terung salai berlado dan ia amat2 menyelerakan okeh. Ada terung salai berlado sama ikan goreng dan tak lupa telur dadar, sudah cukup ngam sangat. Selain terung, anda boleh ganti dengan bendi, tapi bendi anda perlu celur sahaja. Bulan puasa kalau boleh nak hidangan yang ringkas dan cepat dimasak. Satu lagi terung ni che mat  salai guna kuali ajaib, kalau takde anda boleh salai atas no-stick pan. Dalam oven pun boleh gak, janji ia lembut. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji terung ungu (che mat guna terung bersaiz kecil)
1/2 camca teh garam
1 camca teh minyak zaitun @ minyak masak
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
4 biji bawang merah kecil
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung dan buang pangkalnya, kemudian  hiris 3 memanjang setiap biji terung tadi. Gaul rata2 dengan minyak zaitun dan 1/2 camca teh garam. Salai terung tadi dalam non-stick hingga lembut (che mat guna kuali ajaib). Letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Dalam alat pengisar, masukkan bawang putih dan buang keras, kisar hingga halus. Tambah cili merah dan bawang merah. Kisar hingga hancur, tak perlu sampai halus sangat. Guna kaedah 'pulse'. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 6 camca besar) dan tumis bahan2 tadi hingga harum. kecilkan api dan terus memasak hingga garing, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang sambal atas terung salai, ratakan dan tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar semasa berbuka puasa....hmmm...sedappp!!!..

6 comments:

Kakcik Nur said...

Kat rumah ada terung dan bahan2 yang ditulis di atas, tinggal rajin dengan tidak je ni... :)

Sharifah Hashim said...

Che Mat, tumpang tanya.....apa dia kuali ajaib?

RDZ Z said...

suka makan terung masak pedas ni..

Nani said...

ini kegemaran saya, selalunya goreng terung tu....

ok, terima kasih Che Mat, bagi idea utk salai/panggang terung itu...

noraimi syazwani mohd yusoff said...

Ni menu feveret ni. Tq CM

Katarina Jobston said...

Happy Call yg rectangular tu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.