BEN ASHAARI

Saturday, July 12, 2014

MISTERI NASI LEMAK 6.30 PETANG....

rsz_nasi_lemak_630

Assalammualaikum, salam semua. Tau2 dah 14 hari kita berpuasa. Tahun ni agak mencabar juga kan, che mat pun rasa macam cepat nak pancit saja, haish...segan ok dengan anak2. Semalam che mat plan nak mula bikin biskut raya, tapi rasa malasnya Allah saja yang tau ditambah pulak dengan batuk lagi. Maka che mat ambik keputusan masak nasi lemak saja. Bila bikin nasi lemak, mood nak update kat blog pun tidak lah teruja sangat sebab dah kerap kali dijadikan entri. Tapi dari takde, boleh lah. Bila bulan puasa, che mat agak kurang nak makan kuih muih yang manis, kalau karipap dan murtabak tu ok laa, masih boleh masuk. Kalau popiah atau samosa pun bess juga, macam nak buat aje lah...tu pun kalau rajin...errr...selalunya tak rajin....

rsz_nasi_lemak_6301

Errr...kenapa nasi lemak 6.30 petang?...Sebabnya che mat tangkap gambar ni pada jam 6.30 petang dan hanya memakan masa 15 minit, huhu...nak tangkap awal, kebetulan cuaca mendung pulak, gelap. Jam 6.30 tu langit kembali cerah walaupun cuaca agak suram. Jurufoto amatur macam che mat ni bukan reti sangat, harapkan cahaya semula jadi kalau ambik gambar2 makanan, tapi cun jugak kan, nampak misteri aje.. Seperti selalu, kalau nasi lemak che mat lebih suka guna beras basmathi. Selain jadi cantik, ia senang disukat cecairnya. Orang tak reti masak pun in sha Allah menjadi nasi lemaknya. Beras basmathi Moghul selalunya direndam 30 minit, dan sukatan cecair 1 : 1.5 atau 1 bahagian beras : 1.5 bahagian santan/cecair, senangkan?..Masak guna periuk nasi letrik, bertambah2 mudah kerja anda. Masih sudi melihat resipi nasi lemak?...Kalau yea, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi 'Moghul", cuci dan rendam 30 minit
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar saiz kecil, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
6 cawan santan segar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Hirisan timun
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Ayam goreng berempah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan beras basmathi dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik @ rice cooker. Tuang santan, masukkan bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan. Perasakan dengan 1 camca teh garam. Gaul rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi masak, biar kan 10 minit, baru digemburkan dengan chopstcik. Pastikan anda tidah menggemburkan nasi terlalu sangat, nanti nasi akan patah2. Boleh hidangkan bersama bahan2 sampingan. Jika suka boleh bungkus dalam daun pisang untuk mendapat aroma yang lebih authentic.....Selamat mencuba!!.

3 comments:

Hans said...

fuh
sedapnyaaaaa

mama dee said...

saya tertanya2 kenapa nasi lemak misteri? lepas baca sampai habis baru tahu kenapa..hahaha. Tagline "nasi lemak misteri" ni sesuai buat tajuk utama akhbar tabloid.

husna zahidi said...

sedapnyaa nasi lemak..teringin pulak..ermm..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.