BEN ASHAARI

Tuesday, June 24, 2014

RENDANG DAGING SAMA NANGKA MUDA...

rsz_rendang_daging_sama_nangka1

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak rendang daging sama nangka. Tapi ni nak kasi tau awal2...yang ada gout, sila berhati atau ganti daging dengan ayam. Kalau makan juga risiko anda tanggung sendiri dan jangan salahkan che mat. Menu yang anda lihat ini atas permintaa bonda, yelah kang kalau tak sebut, ada pulak bisik2 kat belakang, gossip panas, maklumlah manusia kan...ehh ter emosi pulak. Resipi rendang daging sama nangka ni secara jujur tak susah nak buat, tapi bagi yang baru2 nak mencuba, ia nampak agak susah, nak2 bila melihat deretan bahan2nya. Ada yang sampai takut nak cuba. Bertenang, nampak saja banyak, tapi in sha Allah anda masih mampu membuatnya..Ingat air tangan isteri penerat kasih sayang keluarga...bersusah2 sedikit apa salahnya, bukan selalu...

rsz_rendang_daging_sama_nangka

Che mat guna 500 gram daging batang pinang dan kurang lebih 1 kg nangka muda..banyak kan?..Sapa suruh melantak sampai habis tu jam juga, ia lagi sedap dimakan keesokkan harinya, janji anda kena pandai jaga. Jaga kat sini berhati2 agar tidak basi. Salah satunya bila dipanaskan jangan sekali2 tutup permukaan bekas atau periuk, rapat2. Kasi renggangkan dan biar sampai rendang sejuk. Kalau ada wap air terkumpul pada tudung periuk, lap kering dulu sebelum ditutup rapat. Che mat ucapkan terima kasih juga lah pada Mak Jah Parit Rasipan atas tajaan daun limau purut untuk resipi hari ini..Terima kasih Mak Jah dan Pak Long. Ok che mat kongsikan resipi rendang daging sama nangka muda ini dengan anda...Jommm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1 kg nangka muda (kurang lebih) yang telah disiang, celur 1/2 empuk dan toskan
1 liter pati santan
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 helai daun kunyit, dimayang halus
4 helai daun limau purut
2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 biji buah keran, hiris
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi kampung
6 batang serai, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bahan2 kisar halus dicampur dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga mendidih. Bila kuah pekat, tambah nangka dan kerisik. Kacau rata, masukkan asam gelugor, daun limau purut, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga kering.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama ketupat..

1 comment:

sya mokthar said...

che mat..
aaaaa..belum raya lagi dah masak rendang..
dengan nangka pulak tu..
kechor liyo teman..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.