BEN ASHAARI

Sunday, June 8, 2014

KUIH SERI MUKA ALA NYONYA...

rsz_kueh_seri_muka_bebiru

Salam, mula2 ingat nak letak esok saja entri kuih seri muka ala nyonya ni, tapi tiba2 terajin datang pulak. Siang tadi mood rajin datang, walaupun belum 100%. Lepas che mat bikin ketupat sup ayam, terus rendam pulut. Yang ni che mat guna pulut susu, jadi rendam 1 jam saja. Resipi kuih seri muka yang biasa che mat buat dan sebelum ni pun dah ada entrinya. Yang biru2 tu che mat guna bunga telang, untuk menyuntik citarasa orang cina peranakan baba nyonya. Kadang2 bosan gak kaler putih saja, bila ada kaler biru2 nampak menarik dan berseri pulak. Orang nyonya ni kreatif mengolah sesuatu sehingga menjadi identiti mereka. Kiranya mereka ini pelopor masakan fusion. 

rsz_kueh_seri_muka_bebiru1

Satu masalah pulut susu ni, anda tak boleh kukus lama sangat, nanti ia akan jadi lembik. Macam che mat buat tu pun rasa2 macam terlembik dah. Tapi masih ok, cuma masa potong tak berapa cun sebab tak nampak bentuk2 pulut dia. Kepala untuk kuih seri muka ini just nice, tak lembut, tak keras dan agak manis juga pada che mat, (seramm ok manis2), tapi anda boleh kurangkan jumlah gula dia. Satu lagi nak potong biar kuih betul2 sejuk. Potong guna pisau plastik, kalau rasa was2, sapu sedikit minyak makan pada pisau tadi sebelum anda potong. Ok jomm che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHAN LAPISAN PULUT :-)
350 gram pulut, cuci dan rendam 1 jam (che mat guna pulut susu)
200 ml santan cair
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, kerat 4
30 kuntum bunga telang

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan pekat
4 helai daun pandan
180 gram gula pasir (che mat guna 150 gram)
4 camca teh tepung jagung
3 camca besar tepung gandum
3 biji telur gred A
Beberapa titik pewarna hijau makanan, jika suka (che mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN PULUT (BAHAGIAN BAWAH):- Panaskan kukusan, sediakan loyang bulat 9 inci, alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan. Plastik biar besar sedikit, atau boleh juga guna daun pisang. Letak pulut dalam loyang, ratakan. Susun daun pandan. Bancuh santan dan garam, kacau rata. Tuang dalam loyan berisi pulut tadi. Kukus selama 20 minit. 
  2. Sementara itu, tumbuk bunga telang hingga lumat. Masukkan 1 camca teh air, kemudian perah jus bunga telang untuk mendapat warna biru. Keluarkan pulut dari kukusan. Buang daun pandan, sudukan jus bunga telang di beberapa bahagian pulut tadi. Kemudian dikareh atau gemburkan. Sambung kukus selama 5 minit lagi. Kemudian keluarkan dari kukusan, tekan pulut tadi hingga padat. Ketepikan sebentar.
  3. UNTUK BAHAGIAN ATAS (BAHAGIAN KASTARD) :- Kisar santan dan daun pandan hingga lumat, tapis dan perah untuk mendapatpat santan-pandan. Dalam satu bekas, masukkan gula dan telur, kacau dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan-pandan dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga semua sebati. Tapis bancuhan ke dalam bekas tahan panas, jika gunakan pewarna hijau, boleh masukkan sekarang dan kacau rata. Masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga naik wap (bila bancuhan kelihatan pekat). Matikan api dan tuang ke dalam loyang berisi pulut tadi.
  5. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus 30 minit dengan api sederhana hingga kuih masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.. Selamat mencuba!...

3 comments:

Kjee said...

Suka sangat tapi tak sampai kemampuan nak membuatnya!

Teacher Basariah said...

sedapppp!!!!

Pretty Honey said...

favourite sy ni....^_^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.