KETUPAT SUP AYAM - SOTO PUN BOLEH LAH...

rsz_sup_ayam_ketupat

Assalammualaikum, salam Ahad. Hari ni mood che mat agak rajin sedikit, tapi tak masak nasi...sebab macam bosan pulak ngadam nasi. Ok, kita buat sup ayam, lepas tu rebus ketupat segera dan makan sama sup ayam tadi. Sebab angin rajin sudah mari, sempat juga che mat gentel begedil ayam untuk dimakan bersama ketupat tadi. Bila orang nampak gambar atas tu terus ada yang tanya, tu soto ke?...Pada che mat kalau soto ada sedikit kelainan terutama dalam bahan2 rempah yang kita guna. Soto punya kuah yang agak pekat dan isi ayam disiat dan dihidangkan semasa hendak dimakan bersama ketupat atau nasi impit. Bahan2 untuk dimakan bersama soto sama seperti diatas, tapi che mat tertinggal soo hoon goreng pulak...grrr....
rsz_sup_ayam_ketupat1

Sup ayam macam ni antara menu pilihan terutama untuk rumah terbuka. Di samping ketupat atau nasi impit, anda boleh juga hidangkan bersama mi hoon atau mi kuning. Juga boleh dicicah dengan roti perancis. Che mat guna ayam pencen, menjadi kebiasaan, kalau bikin sup ayam, ayam pencen jadi pilihan sebab ia seakan2 ayam kampung. Kalau dapat ayam kampung pun sedap. Tapi boleh saja nak guna ayam daging, proses memasaknya pun lebih cepat. Kalau guna ayam pencen kena rebus lama. Tapi che mat guna pressure cooker atau periuk tekanan, jadi dalam jangka masa 20 minit ayam dah empuk, tinggal tarok kentang dan masak hingga kentang empuk. Ok siap dah sup ayam...tatau juga nak masak?..Ok meh sini che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen, berat kurang lebih 1+ kg (boleh guna ayam daging)
4 biji kentang
1 bunjut sup tulang ADABI
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
1/2 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Ketupat secukupnya
Taugeh, dibersihkan, cuci dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
Bawang goreng
Begedil, resipi di sini
Sambal kicap
Kacang tanah goreng
Soo hoon goreng (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong kecil atau ikut suka. Cuci bersih dan toskan (che mat gaul dengan 1 camca besar tepung gandum, perap 10 minit dan cuci hingga bersih). Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan direndam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan 1 camca besar bawang goreng, daun sup yang dikerat kasar, lada hitam yang ditumbuk halus dan kiub pati ayam, jika guna. Kacau dan masak hingga ayam lembut, jika perlu tambah air panas. Tambah kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk. Perasalan dengan garam secukupnya, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK KETUPAT SUP AYAM :- Masukkan secukupnya ketupat yang telah dipotong ke dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isi2nya. Hias dengan taugeh, begedil, tauhu goreng, kacang tanah goreng, hirisan daun sup/daun bawang dan sambal kicap sebelum dihidangkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. marbeles nye.. he he he, nak buat nak buat tapi tengok bahan2 dia ya allah banyak kerenah laa pulakkk..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.