IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...

rsz_ikannn_masak_cuka
Assalammualaikum, salam semua. Che mat baru sempat nak ber on9 depan laptop. Siang tadi masak gulai siput sedut untuk Bak. Dan che mat pula bikin ikan tenggiri masak cuka. Ada yang tanya ikan masak cuka tu macam mana?. Ikan masak cuka tu kurang lebih macam masak acar. Anda boleh guna apa2 jenis ikan yang anda suka. Che mat lebih gemar ikan tenggiri. Menu ini juga sesuai untuk berbuka dan bersahur di bulan Ramadan nanti. Perasan tak che mat masukkan timun?..Anda juga boleh tambah lobak merah. Kalau suka pedas, gantikan cili merah dan cili hijau dengan cili padi merah dan hijau, anda ketuk2 sedikit sebelum dimasukkan ke dalam ikan masak cuka. Sempena bulan Ramada nanti in sha Allah che mat akan berkongsi resipi yang ringkas dan senang dimasak untuk memudahkan anda hidangkan pada keluarga...Jommm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz kecil, kerat 3 setiap seekor, dibersihkan, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 biji timun saiz kecil, kerat 3, buang empulur dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris halus
3 camca besar cuka JALEN
1 camca teh serbuk kunyit
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan. Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap, kemudian masukkan semua bahan2 tumis, bawang putih, halia dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan gula dalam 1 camca besar penuh atau secukup rasa. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok bole matikan api. Hidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi tomata atau nasi minyak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Blog walking kat sini, jom baca artikel baru

    Madonna Ingin Peluk Islam, Kejutkan Peminat Di Instagram
    ---> http://syokbah.com/madonna-ingin-peluk-islam-kejutkan/

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat menyelerakan... boleh try untuk juadah ramadhan ni...

    www.jaakechik.com/2014/06/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

    ReplyDelete
  3. che mat tau nak ini lauk feveret saya? ;D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.