IKAN MASAM MANIS BERNENAS....

rsz_sweet_sour_pineapple_fish
Assalammualaikum, salam Ahad. Kurang lebih seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan, in sha Allah dalam masa2 terdekat ni che mat akan letak resipi2 yang mudah dan sesuai sebagai juadah berbuka dan bersahur. Bila berpuasa, kalau boleh kita nak masak yang ringkas tapi sedap dimakan (yelah takkan hari2 nak ngadap bazar ramadan saja, kena gak masak sekali sekala). Semalam, che mat habiskan baki ikan kunyit bersaiz agak besar juga. Bosan pula asyik nak masak asam pedas, maka ku jadikan ikan masam manis seperti gambar diatas. Che mat guna bahan2 yang ada kat rumah saja. Yang penting ianya sedap. Selain ikan seperti che mat tulis tadi, ikan siakap, kerapu, bawal antara ikan yang sesuai. Kalau takde, ikan kembong pun boleh juga. Kebetulan ada 1 tin kecil nenas dalam pantry, maka ku gunakan dalam masakan ini. Ia memang biasa2 sahaja tapi mungkin ada yang teragak2 nak mencuba. Tahun ni siapa2 yang baru berumahtangga atau bahasa biasa2....baru kawin, boleh cuba masak untuk dan hidangankan pada suami/isteri anda...Ehh, hari tak puasa pun boleh buat yea....ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kunyit bersaiz besar (atau ikan pilihan anda)
1 tin kecil nenas dalam tin
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca besar penuh sos tomato JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan 1 camca besar tepung jagung. Lumur rata2, kemudian goreng hingga ikan masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam bekas sesuai. Nenas dalam tin dikeluarkan dan dipotong kecik. Airnya diasingkan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis serai, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos tomato. Masak sekejap dan tuang air dari dalam tin nenas tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan nenas yang dipotong kecil, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu baru masukkan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan, ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan dengan segera..

Post a Comment

3 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.