BEN ASHAARI

Tuesday, June 3, 2014

IKAN KUAH LADA - FLORENCE TAN

rsz_ikan_kuah_ladaa

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni malas lah nak masak, tu tadi...tiba2 jadi rajin. Che mat teringin makan menu orang peranakan pulak hari ni. Jadi kita masak ikan kuah lada (resipi dari Chef Florence Tan), lepas tu untuk Bak ada ikan tenggiri masak tempra...yang ni nama aje lain tapi sama macam ikan masak kicap. Ikan kuah lada chef Florence che mat ambik dari buku masakan beliau Rahsia Masakan Nyonya. Tidak pedas dan kalau perhatikan ia seakan2 singgang serani. Che mat guna ikan pari dalam 600 gram, tapi resipi asal guna ikan tenggiri. Jenis ikan terpulang pada anda. Selalunya ikan yang banyak isi lebih sesuai untuk resipi2 seperti ini. Ikan kuah lada satu menu orang2 peranakan yang boleh dikatakan agak unik, ia ada unsur2 masakan orang melayu tapi berbeza dari masakan orang melayu...err..pening eks.

rsz_ikan_kuah_ladaa1

Sedap dimakan bersama nasi panas dan paling penting mesti ada sambal belacan. Sebab ikan kuah lada agak ringan dan tidak pedas, maka sambal belacan menjadi pelengkap rasa. Kalau ada terung, pun sedap juga dimasukkan. Tapi che mat hanya ada stok tomato. Dan bunga kantan tu che mat tambah, kalau resipi asal tak guna bunga kantan. Sekali2 apa kata anda cuba, sapa tau ia kena dengan selera anda, kalau tak pun kena dengan selera suami dan anak2 anda. Kalau nak mencuba che mat kongsikan resipi ikan kuah lada seperti dibawah ini....Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari @ ikan tenggiri
1 biji tomato saiz besar
2 kuntum bunga kantan
1 camca teh pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca besar lada putih biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR :-)
12 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai, dihiris
4 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari atau ikan tenggiri, dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Tomato dibelah 6, bunga kantan dikerat 2 setiap 1. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah lada putih yang ditumbuk halus dan pes asam jawa. Kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), tambah ikan pari dan bunga kantan. Masak hingga ikan pari masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan..

5 comments:

Monyet Rimau said...

nampak sedap

GAMBAR: Sanggup Tidur Luar Butik Demi Tudung Fareeda
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/gambar-sanggup-tidur-luar-butik-demi.html

Video montot NORA DANISH dicium terbongkar! Untunglah!
http://syokbah.com/video-montot-nora-danish-dicium/

Ieta Mat Saad said...

sedapnye... terliur akak tengok... yummylicous

Yu Yun said...

dr bahan2nya nampak mcm sedap..mesti try nih...

Green Pink said...

kretip cik mat ni ye..pandai je di padan2kan..mentang2 la resepi ala nyonya,mangkuk pun nak ala2 jugak..haha

ejoeshukor said...

sedapnye...
kuah die x mmg xpedas sgt eyh..mmg pedas lada putih jek la ye che mat.klo nk ltk lada kecik skit ok kan.haihhh kecur nye.bole batal pose ni.:p

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.