NASI GORENG IKAN MASIN

rsz_nasi_goreng_ikan_masin
Selamat pagi Sabtu, dan assalammualaikum...Bersiaran awal hari ni, ehemmm, nasi goreng pun boleh lah kan. Kadang2 che mat dah tatau apa nak masak dan masukkan dalam blog. Benda2 mudah lagi mendapat perhatian. Nasi goreng antara resipi yang che mat kurang gemar jadikan entri, tapi ada juga yang kata, tak kesah, apa yang che mat masak, ok saja share dengan kami. Oleh yang demikian, ku masukkan sajalah apa yang dimasak, waiman telur mata kobau curah kicap Jalen sekali pun. Nasi goreng ini che mat guna ikan masin tenggiri. Sebab ikan masin tu memang dah masin, tak perlu anda tambah garam lagi. Kalau nak pedas boleh tumbuk cili padi. Tapi che mat guna cili kisar. Resipi memang mudah, dan kalau boleh guna nasi yang dimasak sedikit keras, maksudnya nasi sejuk yang berderai. Kalau nasi yang anda masak lembut, nasi goreng tidak menarik sangat (perasan tak dalam gambar tu, nasi goreng che mat kurang nampak sebutir2?..tu kerana nasi dimasak sedikit lembut). Ok, ni sesuai untuk anda masak sebagai sarapan pagi...Jomm ke dapur!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur. Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan cili merah, hirisan daun sup dan isi ikan tenggiri masin yang telah digoreng tadi sebelum dihidangkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Cantiknyeeeeee pinggan en mat

    Nasi nya sudah pasti sedap

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.