BEN ASHAARI

Tuesday, May 6, 2014

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP..

rsz_muffin_pisang

Ingat tak che mat pernah share gambar muffin pisang yang tengah dibakar dalam oven tempoh hari di FB?....eerrr...ke semalam eks?..hmm, semalam rasanya. Dan hari ni baru boleh masukkan dalam entri. Sebenarnya memang plan nak masukkan semalam, sebagai entri malam. Tapi ntah macam mana che mat sendiri tak leh nak bukak blog. Rupanya domain "dot.com" telah tamat tempohnya untuk jangka masa 3 tahun, dan yang geramnya, che mat dah bayar sebulan sebelum domain tu mati, sepatutnya ia takde masalah. Kecoh sikit semalam bila ramai yang tak boleh nak singgah blog tiffinbiru. Setelah che mat kasi tau pada pihak berkenaa, hari ini blog beroperasi kembali...alhamdulillah. Cuma ada yang kata masih tak boleh nak singgah blog che mat..hmmm....risau gak nih, takpelah insya Allah esok blog makin ok...

rsz_muffin_pisang1
Muffin pisang yang che mat buat ini saiz jumbo, tapi bukan lah besar sangat, cuma besar sikit dari saiz muffin biasa. Resipi ini akan menghasilkan 9 - 10 biji muffin. Che mat guna papercup yang dialas dalam muffin pan berlubang 12. Che nat guna pisang emas dalam 5 biji, kalau anda guna pisang embun atau pisang montel, 2 - 3 biji sudah memadai, sebab saiznya besar. Muffin pada hakikatnya tak sama macam cup cake, muffin lebih berkeadaan seperti roti dan ia cepat dibuat dan tidak perlu dikacau terlampau lama. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau anda buat malam, biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Pagi esok boleh dimakan untuk sarapan. Ok resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla)
1/4 cawan coklat chip
Badam keping untuk hiasan
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..


12 comments:

MamaFaMi said...

Perghhhh kelasss muffin ko Mat. Papercup bintang bintang lagi. Mesti rasanya pun 5 bintang kan!

Ummi said...

Aah kan Mama...bintang2 kejora gitu...meh kita duk sembang2 Ma...tuan rmh tghri sental dapur tu, berkecah buat muffin td....hehe.. Jgn marah yaa Mat kitaorg licinkan 4 ketui tu...b

linawati binti latip said...

Alhamdulillah buka melalui chrome br blh tgk ...sdp nmpknya klina nk try bt nanti....( kak lina latip )

adzairdawati makdara said...

Wowwww peberet anak saya ni..

hanieliza said...

Sedapnyaaaaa

RDZ Z said...

Bestnya...favorite ni..

Ya-Wau-Ya-Wau-Nun said...

ermm..lawo nya gambar...

Lydia Miza said...

Cantik kejadiannya cm

Rozita said...

ok..akhirnya dah boleh bukak..fuh..

FazRiNa said...

Boleh gune pengukus x?

azlina abd aziz said...

Tgh baking muffin resepi ni... hope menjadi la... dh taste skit adunan td..sedap...

azlina abd aziz said...

Dh siap baking...mmg menjadi. Cantik. Kalau nk tgk picture bole tgk di Facebook saya azlina abd aziz email saya fazlyna80@yahoo.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.