MASAK LEMAK CILI PADI BABAT SAMA REBUNG MADU..

rsz_lemak_cili_padi_babat_sama_rebung_madu
Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Hari ni che mat masukkan entri resipi babat atau perut lembut yang telah che mat masak lemak cili padi sama rebung madu. Masak untuk bonda berbuka puasa, dan yang tak berapa nak puasa pun join sekali makan. Tapi Bak memang tak sentuhlah sebab kalau yang pedas2 ni bukan pilihan dia. Babat tu adalah kurang lebih dalam 600 gram dan rebung madu che mat guna dalam sebatang aje, sebab tu saja yang ada (ambik yang tanam kat rumah). Kalau gulai2 macam ni, pada pandangan che mat, perlu dimasak awal sedikit, kerana ia akan bertambah sedap setelah 3 - 4 jam dimasak. Kalau anda makan keesokkan harinya, lagi sedap sebab rasa dia dah cukup mesra. Apa yang che mat kongsi ialah 'cara' che mat, mungkin orang lain ada cara mereka sendiri...Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat lembu (perut tuala), potong kecil, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*direbus hingga babat lembut, kurang lebih 1 jam)
1 batang rebung madu yang telah dibersihkan, hiris nipis dan celur 10 minit, toskan
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji cili padi kampung hijau
7 biji cili padi kampung merah'
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Musukkan babat rebus ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan tambah rebung madu. Biar mendidih hingga rebung empuk. 
  2. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil dan kacau selalu. Biar mendidih perlahan selama 5 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.