BEN ASHAARI

Friday, May 2, 2014

KACANG BUNCIS TUMIS UDANG 'SOPAN'...

rsz_buncis_tumis_udang
Hari ni kalau ikutkan takde entri, tapi tadi dalam kad memori kamera che mat ada 2-3 gambar masakan yang che mat ambik tempoh hari, tapi masakan cincai2. Plan asal cuma suka2 ambik, saja2. Tapi terfikir pulak, baik  dijadikan entri walaupun ia hanya menu teramat ringkas dan mudah. Kacang buncis tumis udang 'sopan' tu diberi nama sebab udang yang che mat guna, tidak dibuang kulit dan kepalanya. Ini semua atas permintaan Bak, dia kata tak perlu buang kulit dan kepala udang, nanti tak manis. Baik lah tuan, jadi kepala udang tu dikerat sedikit hujungnya. Ini masakan biasa yang boleh anda hidangkan sebagai manu sampingan jika anda masak asam pedas atau kari ayam. Lepas tu kalau rajin, goreng pulak telur dadar, dan jika hidangkan sama kari, kenalah sertakan sambal belacan. Che mat guna kurang lebih 200 gram kacang buncis. Udang tu guna jenis kulit keras, kalau anda nak guna udang kertas pun boleh. Che mat harap resipi mudah ini dapat memberi anda sedikit idea memasak untuk hidangan keluarga anda....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram kacang buncis
1 keping tauhu
20 ekor udang kulit keras
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang bunci dicuci, toskan dan hiris serong. Tauhu dipotong dadu dan goreng hingga kekuningan, toskan. Udang tak perlu dibuang kulit, cuma gunting sedikit muncungnya, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi. Masukkan sos tiram dan udang. Gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tambah cili merah dan cili hijau. Kacau rata.
  3. Masukkan tauhu dan kacang buncis, gaul rata dan masak hingga kacang lembut (jika perlu masukkan sedikit air, dalam 3 camca besar). Toskan soo hoon dan masukkan ke dalam kuali, gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, lauk asam pedas atau kari dan telur dadar..

3 comments:

greetingsfromengland said...

Looks so good! Udang kat UK mahal and tak sedap!

CheRusilawati said...

Best ni..sempoi..tapi mabelles..

CT Nurza ® said...

Salam CMG...pandai betul CMG ni letak nama resipi...udang tu betul2 sopan landing dalam pinggan...I Likeeee....hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.