GULAI SIPUT SEDUT SAMA KACANG PANJANG.

rsz_gulai_siput_seduts
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni che mat masak siput sedut. Lama juga dah tak masak menu kegemaran Bak. Sebab takde batang keladi, che mat campurkan kacang panjang, alah kan kita yan buat dia. Tadi di FB ada yang tanya, macam mana nak cuci siput sedut yang berlumpur. Ok, apa yang selalu che mat buat, bila anda beli siput sedut, bukak dan masukkan ke dalam baldi. Taburkan hampas kelapa dan biarkan satu malam, tapi pastikan atas permukaan baldi anda tutup dengan tapis dan letakkan pemberat (che mat guna batu lesung saiz kecil untuk tindih tapis tadi. Keesokkannya, anda cuci dan nak mudah cuci guna berus, pastikan anda guna berus plastik. Cuci hingga bersih, tak perlu dicuci sebiji2, anda cuci secara rawak sahaja, insya Allah ia akan bersih. Bila 3-4 kali hingga air jernih. Kemudian boleh lah kerat bahagian muncun siput tadi. Pastikan keratan dari senggan ke tiga dari atas. Kemudian cuci kembali. Anda kena berhati2, dan cedok dengan tangan siput tadi dan masukkan ke dalam tapis. Kalau anda tuang terus ke dalam tapis, dikhuatiri serpihan2 kulit siput akan terikut sama...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1+ kg siput sedut (kurang lebih)
8 - 10 tangkai kacang panjang
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyti hidup
2 batang cili merah
20 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut digaul dengan hampas kelapa, kemudian dibiarkan semalaman (pastikan anda letak dalam bekas, tutup dengan tapis atasnya dan tindih dengan pemberat, tak kesah lah batu bata ke lesung ke atau sebagainya). Keesokkan harinya, cuci bersih dan kerat pada senggan ke-3 dari atas. Nak mudah kerat guna player. Cuci bersih dan toskan. Kacang panjang dikerat pendek. Ketepikan.
  2. Masukkan siput ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair. Kacau rata dan biarkan hingga menggelegak, tuang sedikit air jika perlu. Tambah asam gelugor, kacang panjang dan pati santan. Kacau perlahan.
  3. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain..

Post a Comment

5 Comments

  1. Ohhh idamanku sejak berkahwin... tidak tertunai lagi hasrat dihati....

    ReplyDelete
  2. terkecur air liur he he he...

    ReplyDelete
  3. Euishhhh my feveret. Tp x suka nk masak la cik mat..sbbnya leceh

    ReplyDelete
  4. Tq cm. letak hampas kelapa rupanya. Bab basuh lumpur tu yg saya agak malas nk uruskan walau ank suka mkn siput sedut ni

    ReplyDelete
  5. ohhh...lamanya tak makan ni. tapi saya perasan kat restoren2 pon dah jarang ada lauk siput sedut ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.