BUBUR KACANG HIJAU....

rsz_bubur_kachang_hijo
Assalammualaikum, apa khabar semua, sehat ke?..Che mat alhamdulillah, ok saja, cuma masa tu macam ketat aje. Tau tak dari pagi tadi, ni baru dapat on-line depan laptop. Stress juga memasak ni, tapi insha Allah ia boleh diatasi dengan rasa ikhlas....bertenang dan bersabar. Ok, entri biasa2 saja lah malam ni. Bonda masih berpuasa dan menu permintaannya amat mudah, cuma nak bubur kacang. Sebenarnya, bila  nak buat bubur kacang hijau, kami bimbangkan Bak, kan dia ada gaot. Risau pulak, kalau Bak teroverlimit makan. Bubur kacang hijau sering mendapat permintaan terutama dibulan puasa. Ia juga semakin mendapat tempat bila diadakan majlis2 keraian sebagai salah satu pencuci mulut. Anda boleh tambah durian untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Che mat hanya buat bubur kacang kosong saja, sebab takde durian. Sedap dimakan bersama biskut krim kraker atau roti. Kalau tak habis, anda boleh jadikan bubur kacang hijau ais krim Malaysia....hmm, bessnya makan masa cuaca panas2. Resipi senang dibuat, dan che mat rebus kacang hijau dalam periuk tekanan atau pressure cooker, 7 - 10 minit dah kembang. Kalau anda takde periuk tekanan, rendam dulu satu malam kacang hijau tadi agar cepat kembang masa direbus...Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
1 liter santan
Air jika perlu
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1/4 camca teh garam
Gula pasir jika perlu
Roti atau biskut krim kraker untuk dimakan bersama bubur kacang hijau (optioan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan air gula merah dan sedikit air jika perlu. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan. 
  2. Tuang santan dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa, tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker jika suka.

Post a Comment

6 Comments

  1. salam singgah. sedap nye bubur tu. dah lama tak makan !!!!

    ReplyDelete
  2. petang ni nak msak.. menu buka puasa 😊

    ReplyDelete
  3. Abg Mat saya rasa 1/3 gula pasir tu terlalu byk la.. saya dah xblh nak selamatkan bubur saya ni hehe.. manis sungguh... 😂😭

    ReplyDelete
  4. Saya pun berhajat nak buat petang ni ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum En Mat😊
    Azah copy yer resepi ni😉

    ReplyDelete
  6. Baru beli kacang hijau kat Giant. Nak masak esok.Terima kasih Che Mat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.