MENU TENGAH HARI DI PONDOK MAT GEBU...

rsz_menu_selasa

Assalammualaikum, salam Selasa. Apa khabar hari ni?..che mat tiba2 tangan kanan ni bengkak pulak. Perasan malam tadi, kenapa tangan kanan lebih tembam dari tangan kiri, yelah memang tangan che mat agak tembam sebenarnya tapi idok leer sampai nampak macam apam, setakat kembang2 gagah perkasa selalunya..ehemm. Lepas tu bonda kasi tau, ni mesti sebab che mat kerat tulang ikan masin kurau tu hari, errr..pelik juga sebenarnya takkan lah sebab tu, che mat cuma hempok dengan tapak tangan kat belakang parang tu aje agar cepat terpotong tulang ikan masin. Fikir2 balik ada betol juga cakap bonda, huhu, biasalah orang takmo dengar cakap, kan dah..Tak lah sakit sangat cuma sengal2 aje. Tapi aktiviti memasak tetap berjalan seperti biasa, alah cuma sakit sikit yea tak (tapi ni masih sengal2 lagi laah..hmmm...)

rsz_menu_selasa1

Hari ni atas perbincangan dengan bonda, maka che mat masak lemak taugeh sama tauhu dan tempe. Ada juga niat hati nak campur dengan kucai, tapi kucai kat pasu tak banyak dan che mat ada projek lain dengan kucai tu nanti. Ok, takpe kita skip kucai, dan masak seperti biasa saja. Kalau kami di Johor, bila masak lemak taugeh, kebiasaanya guna rencah udang kering. Ada juga yang gemar guna ikan bilis, ini terpulang pada anda. Satu lagi penggunaan santan, kalau anda yang biasa tengok cara che mat, mesti ada santan cair dan santan pekat. Sebab che mat perah dari kelapa parut segar, santan pertama tu santan pekat atau pati santan, dan perahan kali ke dua santan cair atau santan kemancar. Santan pekat letak akhir tujuan untuk mendapat masak lemak yang nampak molek dan pekat, didih pun tak boleh lama dan perlu dikacau selalu untuk mengelakkan  pecah santan...

menu selasa2
Seperti anda sedia maklum, atau baru nak maklum. Kalau menu utama anda masak lemak macam che mat masak ni, sambal belacan dan ikan masih adalah pelengkap utama, salah satu takde, boleh dianggap hidangan kurang lengkap atau cacat. Petai yang anda nampak tu sebagai ulam sahaja, terpulang, takde pun takpe. Sambal belacan bonda yang buat, halus kan sambal tu. Ikan tenggiri jeruk menjadi pilihan Bak, dan diperah sedikit jus limau kasturi jika suka. Untuk kali ini che mat hanya tulis resipi taugeh masak lemak saja lah yea. Yang lain2 tu tak perlu resipi sebab mudah dibuat dan pasti ia juga antara hidangan yang kerap dihidangkan ketika anda makan....

TAUGEH MASAK LEMAK SAMA TAUHU DAN TEMPE....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugeh, cuci dan toskan
3 keping tempe bungkus daun, dipotong kiub
2 keping tauhu, potong kiub (kalau tauhu saiz kecil, guna 3 atau 4)
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
600 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan santan cair ke dalam periuk. Tambah tempe dan tauhu, masak hingga mendidih dan tempe lembut sedikit. Masukkan taugeh dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  2. Bila mendidih, masukkan hirisan cili merah, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api dan kacau selalu. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng serta ulam kegemaran anda, jika suka.

Post a Comment

6 Comments

  1. CM buat Alycia terus laparr dan laparrrr huhu..

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Mat,

    Besarnya ikan tenggiri masin tu? Selalu jumpa yang kecil comel lotey aje.

    ReplyDelete
  3. Mat!!!! hari ni rabu la dah!

    apa pun bertambahlah gebusnya tangan mat tu ya...jangan marah sbb masih boleh masak sedap2 pun!

    ReplyDelete
  4. masakan ala kampung memang best dan menyelerakan dgn sambal belacan...teerbaik la...terliur ni

    ReplyDelete
  5. en mat apa sedap nau masak ni..makan dgn nasi panas2 bawah pokok mcm kat kampung tu..sedap tul aiii..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.