BEN ASHAARI

Tuesday, April 1, 2014

HONG KONG EGG TART...

rsz_egg_tart
Salam semua, mengidam tat telur pulak...err itu lah satu kekurangan kalau 'boleh' memasak ni, kejap2 ngidam...kejap2 ngidam....haishh. Dari semalam sebenarnya che mat plan nak bikin tart telur. Maka ku merayau2 di alam dunia cyber ini dan ntah macam mana tersangkut kat satu blog yang ada resipi 'Hong Kong Egg Tart" di sini...terus bersungguh2 ni salin resipi bagai. Buat dia pun mudah juga, tak susah dengan syarat bahan2 ada. Tat telur ini sesuai untuk hidangan minum petang dan kalau anda buat sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke kampung atau pun ke rumah kawan2 juga boleh. Lebih bermakna gitu, tapi ikut masa yang anda ada lah yea...

rsz_egg_tart1
Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 12 biji tart telur. Che mat gunakan tat casing bersaiz 2+ inci. Anda bagi doh tadi kepada 12 bahagian sama besar. Satu yang che mat perasan, untuk kastard dia tu berlebih banyak juga, rasa2nya boleh isi dalam 5 atau 6 biji kulit tat lagi. Bermakna anda boleh buat 1 1/2 adunan dari resipi asal. Pastry untuk tat ini rapuh tapi tidak mudah pecah. Tadi masa bancuh kastard untuk filling tat telur, che mat titikkan sedikit pewarna kuning telur, saja lah nak kasi enhance warna dia, kalau anda takmo letak pun takpe, tak dosa langsung yea....Ok jom kita lihat resipi dan terima kasih pada pemberi resipi asal....

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
160 gram tepung gandum
75 gram mentega
1 camca besar penuh gula aising
1 kuning telur
1/2 bahagian putih telur
Secubit garam
Tepung gandum jika perlu

BAHAN-BAHAN KASTARD (INTI) :-)
2 biji telur
75 gram gula halus
75 ml air panas
125 ml susu segar
1/4 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Beberapa titik pewarna makanan kuning telur (optional)

egg tart2
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan 1/2 bahagian putih telur, putar hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh, jika doh terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung. Balut doh dengan plastik cling dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  2. Keluarkan pastry, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar dan bulat2kan. Ambil satu bahagian, tekan doh ke dalam acuan tart hingga meninggi seperti dalam gambar di atas. Kemudian tolak ke dalam seperti dalam gambar dan tekan sekali lagi agar membentuk kelongsong yang bahagian tepinya seakan2 kelim karipap, seperti dalam gambar. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam peti sejuk semula semalam 30 minit.
  3. UNTUK KASTARD (INTI) :- Bancuh gula dengan air panas dan kacau hingga gula larut, biar sejuk. Kemudian masukkan susu segar, ke dalam air gula tadi, tambah telur, secubit garam dan beberapa titik pewarna makanan kuning telur (kalau guna). Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi sebanyak 2 kali. Ketepikan
  4. UNTUK HONG KONG EGG TART :- Panaskan oven pada suhu 180C. Keluarkan kelongsong tat dari peti sejuk, susun atas dulang pembakar. Tuang kastard tadi hingga penuh. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam oven, bakar selama 25 - 30 minit pada rak bawah. Bila kastard kelihata kental dan pastry keperangan, boleh keluarkan dari oven. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan untuk minum petang.....


4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cik mat macam tau2 jer kak sari tgh trcari2 rsepi tart telur yg trmudah dan trsedap. Aduhai, tak sabar nak menerai

Junie Mokthar said...

wahh..nampak sedap nih..
CM,saye dulu pun pernah buat egg tart nih..tapi tang pastri tu x jadi..bukan pro kan..biasalah..
lepas tu, pergi bakery, beli trus ngap je seketul2..puas hati (tetiba emo)
tapi xpe.. saye xka putus asa wat pastri egg tart nih..
Thanks CM!

INA said...

Salam CM..baru abis geledah dapur CM nak cari Portugues Egg Tart..tup..tup..ada hongkong Egg Tart pula..harus cuba nie..

rossilawati ahmad said...

Salam.. CM ..minta share resepi ye.. mcm nk bg pastry tu ranggup.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.