BEN ASHAARI

Tuesday, April 8, 2014

ASAM KARI IKAN PARI SAMA NENAS..

rsz_kari_asam_ikan_pari_sama_nenas

Assalammualaikum, alhamdulillah, akhirnya dapat juga chemat update blog untuk hari ini. Memang rasa tak pasti nak update ke tidak, sebab biji mata ni berat sangat, stimm aje, nampak bantal aje...haishh. Che mat masak pagi hari ni, seawal jam 10 pagi siap dah masak, lepas tu ikut abang che mat ke Johor Bahru melawat bonda sedara dan juga urusankan hal2 yang sepatutnya. Puas juga pagi tadi fikir nak masak apa lah yea, untuk Bak senang saja permintaan beliau, cuma singgang ikan parang, ciken dodol sangat. Ok, che mat masak asam kari ikan pari lah senang cerita dan kali ni untuk kelainan, masukkan nenas sebiji, nenas madu bersaiz kecil saja, kalau saiz besar, guna 1/2 sudah cukup atau ikut suka anda lah yea nak letak banyak mana. Tapi pastikan nenas anda manis, baru kuah asam kari lebih enak, harum dan berperisa.

rsz_kari_asam_ikan_pari_sama_nenas1
Ada juga yang tanya che mat asam kari tu macam mana?...Normal lah kan, dah kita blogger masaka, mestilah soalan pun bersangkut paut dengan masak, lain lah blogger ini, dia handal bab2 nak femes kan blog..che mat pun sendiri segan dengan dia...ehemmm. Asam kari salah satu masakan orang2 peranakan Baba Nyonya, ia satu masakan fusion antara asam pedas dan kari, tidak menggunakan santan. Herba2 seperti daun kesom, bunga kantan, serai dan daun kari dimasukkan untuk mendapat rasa yang unik dan tersendiri. Pada che mat asam kari harus terasa 'masam' tapi bukan terlalu masam. Kebiasaannya dimasukkan bendi, terung atau tomato. Tapi kali ni che mat guna nenas, dan hasilnya memang sedap...ehh terpuji diri sendiri pulak..sori eks/ Ikan anda boleh guna apa2 ikan kegemaran anda, cuma pastikan ianya banyak isi. Jika anda hendak mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan pari (che mat guna pari daun)
1 biji nenas madu saiz kecil, kupas buang empulur dan hiris kasar
2 batang serai, diketuk
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan. dibakar
2 biji cili merah, buang bijinya
2 keping hirisan nenas

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci kembali dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan serai titik. Tumis hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga terbit minyak, tambah cili kisar dan rempa kari. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan gaul rata. Masak sekejap.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 750 ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas, bunga kantan dan ikan pari. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  4. Tambah daun kesom. perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak lebih asli, bahan2 kisar tu anda boleh tumbuk dengan lesung batu. Satu lagi che mat nak pesan, kalau anda beli ikan pari, ada masa baunya agak kuat atau dalam perkataan lain ia berbau 'hancing'...Oleh yang demikian che mat sarankan anda cuba hidu bau ikan pari tadi sebelum anda beli, kalau bau dia hancing dan menyengat, elok batalkan niat anda untuk membeli, dikhuatiri bau itu akan menjadikan masakan anda tidak sedap. Ini semua berdasarkan pengalaman....Selamat mencuba semua!!


5 comments:

akuzle ayu said...
This comment has been removed by the author.
akuzle ayu said...

che mat, baru pertama kali saya tau boleh masak asam pedas letak nenas. biasanya letak nenas dalam masak lemak jer kan? tebaek, che mat!

RDZ Z said...

Asam pedas pari..sedap!!!. Rasa nenas tu mesti cukup masam dan maniskan..

Norehan Saad said...

terbaik la resepi che mat...mesti sedap ni...

fabulousnana said...

Best ever! Mmg sedap masakan ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.