BEN ASHAARI

Saturday, March 1, 2014

SAMBAL SENGKUANG DENGAN CILI HIJAU...

rsz_sambal_cili_hijau_sengkuang_sama_ikan_bilis_tamban
Assalammualaikum, sebenarnya menu ini che mat tak nak jadikan entri, tapi di FB, banyak pulak permintaan agar dijadikan entri blog, ok sebagai memenuhi permintaan, che mat pun buatlah juga. Sambak sengkuang dengan cili hijau satu hidangan nostalgia. Ia menjadi bekal untuk arwah datuk che mat bekerja. Dan juga sebagai lauk yang dibawa ke kebun. Yang anda lihat ni bukan che mat masak, tapi bonda yang masak. Menjadi kegemaran Bak dan dimakan bersama nasi putih yang dimasak lembut. Kebiasaannya kami akan gunakan ikan bilis tamban sebagai perencahnya. Anda boleh juga guna ikan bilis atau ikan bilis kembong. Tapi pada che mat, ikan bilis tamban lagi sedap dan lemak. Boleh juga ditambah sedikit taucho kalau anda suka. Masakkan ini agak kering sedikit jika anda suka pedas, boleh lebihkan cili hijau, atau masukkan beberapa biji cili padi yang dihiris. Ok, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji sengkuang saiz sederhana
2 genggam ikan bilis tamban
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
8-10 biji cili hijau, hiris kasar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 inci belacan*
1/4 cawan air*(*dilarutkan)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sengkuang dikupas, kemudian dipotong kiub, cuci dan toskan. Ikan bilis tamban direndam, buang sisik dan tulang bahagian tengahnya. Cuci sekali lagi dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 4 camca besar), tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu dan harum. Masukkan ikan bilis tamban, sengkuang. kiub ikan bilis (kalau guna) dan belacan yang telah dilarutkan tadi. Gaul rata.
  3. Tuang air dan masak hingga sengkuang lembut. Tambah pes asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga kering sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..
CATATAN MAT GEBU :- Kata bonda, kalau guna minyak gorengan ikan masin, akan membuat sambal sengkuang dengan cili hijau ini lebih enak. Cuma anda kena rasa dulu sebelum letak garam...Selamat mencuba!!..

4 comments:

Cik Kiah Bloggers (CKB) said...

serius nampak sedap, kalau makan mesti lagi terasa sedapnya, nak cubalah. hihi XD

HomeKreation said...

Aslmkm. Uikk.... nampak sedap, leh cuba ni Mat. Along pun ada sengkuang sebiji tu.

Kjee said...

wah unique resipi ni che mat! nk buatlah one day! tq bagi idea.

Izan@is said...

tengok gambar dah terliur lum rasa lagi...huuu

http://prettyiz.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.