BEN ASHAARI

Wednesday, March 12, 2014

KEK SPAN KEEMASAN @ GOLDEN SPONGE CAKE

rsz_kek_c
Tiba2 semalam che mat teringin nak buat kek, dan kalau dapat nak kek yang mudah dibuat, lembut dan tidak terlalu manis. Masa blog walking ke blog teman2 memasak, che mat tertarik dengan satu resipi kek dari blog Nasi Lemak Lover..kek nya agak mudah disediakan tapi kena ikut cara2 yang agak unik sedikit. Hasilnya cukup memuaskan walaupun rupa kek yang che mat buat tu agak kurang menawan, ini kerana resipi asal guna tin bulat yang dasarnya boleh ditanggalkan berukuran 6.3 inci lebar dan 3 inci tinggi (macam acuan kek chiffon tapi bentuk bulat tanpa tube ditengahnya) tapi che mat guna loaf tin...huhu, jadi lah dari takde. Kalau nak guna loose bottom cake tin yang macam buat cheese cake tu pun boleh, guna saiz 7 inci, tapi kek anda akan rendah sedikit..

rsz_kek_c1
Pertama kali che mat rasa kek ni, ia seakan2 rasa kek keju sikit, dah lah tu lembuttt sangat, betul, nanti kalau anda buat, anda boleh rasa sendiri. Ini mungkin kerana teknik membuatnya yang agak berbeza dari kebiasaannya. Pertama kali che mat tengok diblog beliau, rasa teruja nak mencuba. Yang tu kita cerita nanti. Satu yang che mat perasan, teknik membakarnya juga sedikit berbeza dari biasa. Insha Allah nanti che mat buat lagi dan guna tin bulat seperti yang disyorkan (nampak gayanya kena beli tin kek baru lah kan....besssnyaa!!!...haha). Ok, che mat share resipi seperti dibawah ini, terima kasih sekali lagi pada Sonia, nasi lemak lover... (^__^)

BAHAN-BAHAN A :-)
50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh esen vanilla (che mat tambah)

BAHAN-BAHAN B :-)
3 putih telur (gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (che mat guna loaf tin dan sebab tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka che mat alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whishk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
  3. Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan..

10 comments:

rinduan citarasa said...

Ramai kata kalau bt kek guna tepung jagung sedap. Ayu belum tryyy.

Nak cuba nanti
thanks che mat

karimah mohd said...

Kukus boleh x?

karimah mohd said...

Kukus boleh x?

azlia said...

amboi gebunyer!!!!

MsKacangBuncis said...

Boleh tak kalau saya gantikan tepung kek dengan tepung gandum? :)

Hanim said...

As salam....nampak lembut sangat....boleh la try nanti....

fazsya shaklee said...

menarikkk sgt, bleh inform mak ni, hehehe slalu mak wat asyik trun la kek nye, naik separuh la, huhuhu

mama dee said...

hi che mat, kek ini seakan-akan japanese cheesecake. Respinya gunakan tepung jagung memang sedap. Kalau che mat berkesempatan boleh jenguk2 resepi japanese cheesecake di blog saya..he2 http://honeydeekitchen.blogspot.com.au/2013/12/japanese-cotton-cheesecake.html

Nasita Dollah said...

Salam... Nampak mcm lembut jer... Sedapnya mkn sambil minum air teh panas... Tak sabar nak try buat...

enna syazwannie said...

baru je siap buat! mmg gebu sgt! sy ikut step by step n alhamdulillah menjadi first time buat. cuma sy xde tpung kek, so sy guna tepung gandum biasa n cmpur 1sk baking powder. bakar guna api ats n bawah. after bakar terus sy telangkupkan ats redai kek dlm bbrp minit then trbalikkanya balik utk elak kek turun. tq cm utk rsepi ni!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.