BEN ASHAARI

Sunday, March 9, 2014

ASAM BATANG KELADI SAMA IKAN SEPAT MASIN..

rsz_asam_batang_keladiii
Salam semua, apa khabar?..Che mat hampir ok, cuma tinggal batuk. Sakit tekak pun dah beransur pulih. Kalau semalam suara itik, hari ni dah jadi suara angsa..angsa emas. Masak apa hari ni?...Musim2 tak sihat ni nak masak pun tak berapa nak rajin sebenarnya. Nak makan yang masam2 dan kurang pedas. Bonda kasi cadangan masak asam batang keladi sama ikan sepat masin. Pokok keladi minyak atau keladi sayur ambik kat belakang rumah. Musim2 panas macam sekarang, pokok pun tak berapa ok sangat, kecut aje. Bonda siapkan proses membersihkan keladi dan batangnya. Che mat tinggal masak aje. Ini antara masakan kampung yang che mat suka. Mudah dan senang, cuma ada kala batang keladi tu gatal walaupun kita dah celur dengan asam gelugor. Nasib2 juga sebenarnya, che mat sendiri dah beberapa kali beli dan kena yang gatal. Yang ni tanam sendiri, insha Allah ok, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi minyak @ keladi sayur
2 ekor ikan sepat masin (jenis besar). dibersihkan, kerat 2 dan rendam
2 helai daun kunyit, disiat
1 - 2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah kecil
1 biji bawang  besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dikupas dan potong kiub, rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Batang keladi disiat kulit luarnya, kerat dan celur dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor. Celur 1 minit dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, kacau selalu dan guna api kecil. Masukkan keladi dan gaul rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1.5 liter). Tambah asam gelugor dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan masin sepat (toskan). Tambah batang keladi dan masak hingga keladi dan batangnya lembut. Masukkan daun kunyit dan secubit gula. Rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

4 comments:

kak ina kl said...

salam mat
hb suka tapi tak pernah buat sebab tak reti nak masak..nanti leh try aa

Mat Gebu said...

@kak ina KL - salam kak ina, ikan masin tu akak boleh ganti dengan ikan kembong masin..pun sedap..

Zamani Abe said...

kecur air liur sudah...

Eyriqazz said...

Hohohoh..tidak, kecur air liur ni..meh cikmat datang kl masak utk kami sehari dua..kami bayar..hehehe...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.