BEN ASHAARI

Tuesday, February 11, 2014

MI GORENG TAUCHO...

rsz_mie_goreng_tauco
Salam semua, ni sarapan pagi tadi..Sebenarnya che mat tatau nak katan macam mana, mi yang che mat guna ni jenis apa. Tapi senang cerita ia mi kering, kalau nak guna anda kena celur dalam air panas selama seminit, toskan dan boleh digoreng atau dibuat mi sup. Mi kering pemberian makcik che mat, banyak juga, dan pagi tadi che mat goreng. Bukan goreng ala2 5 bintang, tapi goreng cikai aje, campak2 apa yang ada. Tak de ikut law punya. Mi dia seakan2 mi siput tapi bersaiz agak halus sedikit. Kuantiti dia pun main agak2, kurang lebih 3 keping mi yang berbentuk sanggul sebesar tapak tangan orang dewasa. Perasan tak kebanyakkan resipi mi goreng, che mat akan tulis 'sambal tumis' antara bahan2 yang digunakan?.. Memang betul che mat guna sambal tumis. Jadi anda pun boleh guna sambal tumis. Tak yah pening2..anda buat sambal tumis, buat banyak sikit, kemudian sejukkan dan simpan adalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Jadi kalau masa2 terdesak dan nak guna untuk goreng mi atau nasi, sambal dah ada...Melayu, mana boleh jauh dari sambal....errrr...orang peranakan pun sama gak..ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping mi sanggul jenis halus (sebesar tapak tangan orang dewasa)
2 genggam taugeh
1 cekak kucai, potong pendek
1 keping tauhu, didadu dan goreng, angkat dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
3 camca besar sambal tumis
1 camca besar taucho
2 camca besar kicap lemak manis
1/3 cawan isi udang
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit daun sup, untuk hiasan
Cili hijau atau cili padi jeruk untuk dimakan bersama mi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi dalam air panas selama 1 minit atau hingga mi lembut. Toskan. Tauhu digoreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Tinggalkan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan taucho. Kacau rata.
  2. Masukkan udang dan tauhu, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tolak ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak masak dan tuang telur. Biar kental sedikit dan kacau hancur. Masukkan kicap lemak manis dan gaul rata, jika perlu boleh tambah sedikit air.
  3. Masukkan mi, gaul rata dan tambah taugeh dan kucai, kacau hingga semua sekata. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah kicap cair secukup rasa. Boleh matikan api. Hias dengan daun sup dan hidangkan bersama cili jeruk....ehemmm..


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.