BEN ASHAARI

Monday, February 3, 2014

KARI KEPALA IKAN JENAHAK...

rsz_kari_kepala_ikannn
Salam semua, kari kepala ikan hari ni. Tak pelah kat rumah pun takde budak2, jadi oklah makan kepala ikan. Kalau budak2 kan tak elok makan kepala ikan, nanti bengap atau bebal. Jadi yang tua2 ni kalau makan kira dah kebal, otak pun ada tu dah karat. Anda boleh guna kepala ikan lain seperti ikan merah, tenggiri, unga, kachi dan sebagainya asalkan ia banyak isi. Satu yang bess pasal kari kepala ikan ni, kuah dia tidak membazir, boleh dimakan sehingga titisan terakhir, boleh cicah lempeng pekak, roti canai atau roti biasa. Che mat guna 1/4 cawan pati santan, itu pun baki santan yang che mat simpan, semalam punya. Kalau tak nak guna santan, anda boleh ganti dengan susu cair atau susu rendah lemak atau tak payah letak. Anda boleh masukkan samada terung, bendi atau tomato sebagai bahan tambahan. Nak letak kesemua sekali pun boleh, takde masalah. Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping kepala ikan jenahak
2 biji terung ungu
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 keping asam gelugor
3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/3 camca teh jintan halus
1/3 camca teh jintan kasar
1/3 camca teh biji sawi
1/3 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

1 comment:

eelobor said...

Nak suruh wife buat hujung minggu nih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.